spital gomen..

sebelum ni saya ada cakap tentang ayah saya yang dimasukkan ke hospital..cuma kali ini saya nak cerita pemerhatian saya sepanjang melawat ayah saya di sana..

1st thing 1st..doktor yang merawt ayah saya..seorang yang comel dan sangat delicate dalam kerjanya~ jatuh cinta pun ye jugak lagi2 bila tengok ic kat name tag dia lahir tahun 1985! nanti best lah orang tanya awek saya siapa..’oh..dia doktor..panggil dia doktor hidayah..’ perghhhh…terbang sampai ke awan! tapi…nak harap saya mengurat dia, gaji dia pun dua tiga kali ganda daripada saya, sure sebelah mata pun tak pandang..

suasana di sebuah hospital kerajaan agak sesak..lagipun sebab design hospital tu design lama, so katil2 dan peralatannya semua barang2 lama..mungkin memang musim orang sakit jadik wad sangat sesak dengan pelbagai pesakit..cuma sebab terlalu ramai, tidak ada lagi kelas satu dua atau tiga..semua lebih kurang sama je..tak dapat dipersalahkan kerana hospital kerajaan merupakan satu perkhidmatan yang tak boleh ditandingi oleh mana2 hospital swasta..iaitu, perkhidmatan perubatan pada harga yang sangat murah..hospital swasta..? hmm..duit datang dulu agaknya..ada duit, baru ada ubat..tidak ada duit, sendiri mahu tanggung mungkin..

nurse yang membantu pula agak garang tapi sangat baik hati..ada ketika di mana ada seorang pakcik tu telanjang bulat di dalam bilik..nurse ni masuk dan jerit2 marah tapi tak menyakitkan hati, “uncle! apa ni! malulah orang tengok..! pakailah baju ni..cepat!” dengan segera uncle tu pun pakai baju..actualy, seorang nurse memang sangat berbakat dalam marah pesakit tp pesakit akan ikut cakap tak kira pesakit tu keras kepala ke tak..actualy dia bukan jerit2 marah..tapi ada nada ‘caring’ dalam arahan dia tu..kagum juga..

yang saya macam ada sedikit sedih, tiada doktor lelaki melayu sepanjang satu minggu saya melawat ayah saya di sana..TIDAK ADA LANGSUNG..melayu cuma perempuan (yang pasti cantik..baguslah =P), lain2 cina dan india..ketua doktor pun cina dan india..bukan nak berkira tetapi di mana hala tuju lelaki seperti saya dalam bidang perubatan..?? takkan di celah2 jambatan dan lorong2 gelap kot..huhu..

kerajaan dah belanja banyak duit untuk membina sebuah hospital kerajaan yang moden..dan nampaknya usaha itu sangat berbaloi..hospital baru kerajaan lebih canggih dan peralatan serba lengkap..kalau hospital lama, semuanya manual..tapi hospital baru, semuanya dah pakai komputer..sangat cemerlang!

kesimpulan..setiap peringkat masyarakat akan balik kepada hospital kerajaan sebagai salah satu kaedah perubatan yang sangat ekonomi..jadi pada sesiapa yang pernah marah2 sebab tak dapat layan sebaiknya di hospital kerajaan, fikirkanlah bahawa sangat ramai pesakit yang perlu dilayan pada satu2 masa..sangat banyak tanggungjawab..sangat banyak tanggungan seorang doktor itu..they are trying their best dan tidak ada seorang doktor atau nurse pun yang suka tengok pesakit dia menderita..

fikir fikirkan =)

Advertisements

One response to this post.

  1. eh..gaji doktor muda gitu sama la cm awak. saya lak yang terbang sampai ke awan~ =D

    ibu saya seorang nurse..patut la saya ada ciri2 caring skit..kih kih kih

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: