hai semua!

recently saya sangat sibuk..

kena siapkan bidding utk projek yg target utk dapatkan by tahun depan..kalau kurang projek, maknanya kurang duit, kurang duit maknanya kuranglah pekerja..bila kurang pekerja..maka semakin sukarlah kehidupan..jadi oleh sebab itu, konon kononnya, perlulah saya bekerja keras memastikan projek itu berjaya didapatkan~

ceh..sembang kencang mcm senior engineer..padahal baru setahun jagung..saya assist lead saya je..hehe..tp still saya yang buat schedule utk projek tu..^^

dalam kesibukan tu saya sempat juga selak2 utusan malaysia..actualy tak payah selak pun..gambar di muka depan je dah cukup ngeri..kemalangan maut kerana dipercayai cuba memandu kereta yang baru diubahsuai..

hmm..saya pernah terdengar statistik yang mengatakan kebanyakan kemalangan yang berlaku di jalan2 raya seluruh malaysia adalah melibatkan kenderaan2 biasa tapi diubahsuai menjadi luar biasa..sangat jarang kes melibatkan kereta mewah..contohnya toyota camry ataupun honda accord 2.4..

kenapa ini berlaku..? masih lagi menjai misteri..mungkin setakat neo 1.6 tu rasa x cukup laju..lantas bongkar enjin..masukkan enjin keretapi elektrik yang boleh lari 300km/j..ekzos stok kasi buang..pacak muffler yang kucing boleh beranak dalam dia..kereta rasa berat..? buang seat belakang..masukkan NOS 5 6 botol dan akhir sekali..masukkan kerusi bucket recaro yang akhirnya takleh di adjust dan tukar stereng yg ada airbag ke stereng momo serba simple..

ready to go..? mari!!! tali pinggang keledar..? ah..kampunglah..tak payah pakai barulah rasa ranggi..dah speed smpai 200km/j, baru teringat selekoh depan tu sangat bahaya dan baru teringat yg tak pernah teringat nak tukar brek brembo dan suspension yang elok utk keselamatan ketika memecut..baru teringat jugak nak tukar tayar yg berkualiti tapi duit semua dah habis kat enjin jadik beli tayar 2nd hand sparuh botak sahaja..dan akhir sekali, baru teringat tak pakai tali pinggang keledar..apabila benda paling akhir yang kita nampak adalah sebatang pokok jati di depan mata dengan kelajuan 200km/j..huh..sambung sendirilah..

berhati hati lah jika mahu mengubahsuai kenderaan anda..tak semestinya yang laju itu sedap dipandu dan tak semestinya berbelanja besar tu akan memberi pulangan yang baik utk jangka masa panjang..

tapi if hobi orang tu memang kereta..astro pun siap beli channel turbo..hari2 melanggan majalah kereta..then tak pernah miss walau satu artikel pun di paultan.org, maka orang ni merupakan yang lebih memahami dengan selok belok kereta..jumpalah mereka dulu sebelum pulun mengubahsuai kereta anda~

bercakap pasal kereta..tahniah utk pasukan bola sepak malaysia yang berjaya melangkah ke pusingan akhir!

apa kaitan kereta dan bola sepak..entah..bagai aur dengan tebing agknya..

aur dengan tebing..? apa kaitan dengan cerita di atas..?

tepuk dada tanya selera..!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: