badminton..

tahniah!!! tahniah!!! tahniah!!!

tahniah kepada para pemain kita, datuk lee chong wei, datin mew choo (kalau dia kahwin dgn chong wei la) dan pasangan beregu wong pei tye dan tan ee hui..uik..betul ke nama mereka ni..? mereka telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan badminton masters yang berlangsung pada petang tadi..

pada beregu lelaki..cubalah lagi..tapi ingatlah..awk tu umur makin lanjut..sudahnya kalau main pun tak tentu arah lagi, macam mana nak mengumpul kekayaan di masa tua..

juara bagi pertandingan tu adalah USD40,000…gila ah..bersukan je dah boleh buat duit..yang penting kena ada bakat kan..nasib masa saya sekolah dulu tak terdedah dengan sekolah sukan lagi, kalau tak sure saya pun nombor 1 dunia dalam bola sepak dan badminton sekaligus..kompem nama jadik datuk azam..

yang saya musykil..kenapa penonton tak ramai..? desas desus yang saya dengar adalah tiket sangat mahal..RM28 untuk peringkat pusingan dan peringkat akhir hari ini tiket berharga RM68 satu kepala! dewan bandaraya jb tu dekat je dgn rumah saya tapi dengar tiket mahal macam tu, saya pun tak sanggup..

apa salahnya tiket tu murah, RM10 ke tapi stadium penuh..? bila stadium penuh, tentulah orang pun ramai compare dengan satu dua kawasan je yang meriah..? mungkin mereka yang menetapkan harga ni tak belajar keluk permintaan dan penawaran yang bolehkan kita analisis sendiri berapa harga tiket yang sepatutnya tapi masih still menjana keuntungan..

hah..biarkan mereka dengan labu labunya..cuma malu pulak rasa..kita ada datuk lee chong wei..pemain no.1 dunia yang berasal dari malaysia..tetapi bila malaysia sendiri anjurkan, penonton tak ramai..mungkin orang2 luar negara pun rasa hairan tengok keadaan macam ni..tiada semangat kesukanan ke..? hakikatnya, tiket tu yang menyekat mereka datang ke stadium..

tahniah sekali lagi!!

p/s : bola..menang dengan timor leste dan kalah dengan vietnam..biasalah tu..kalau bola tak ditunjukkan dalam berita pun sure ada antara kita yang terlupa kita ada team bola sepak malaysia..entah2 kita pun lupa ada FAM yang kelihatan tak berfungsi..hanya berfungsi hanya bila nak rombak peraturan je..itu pun sebab nak selamatkan satu pasukan negeri dari jatuh ke liga bawahan..lantak..

majulah sukan untuk negara..nak maju macam mana kalau orang2 berkaitan sukan tu tak maju2..huhu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: