salam aidiladha.. #2

hei hei..saya rasa hampir semua makhluk di malaysia ni sudah pulang ke rumah asal masing2 kerana esok sudah mula bekerja..

saya..? saya lepas sembahyang raya, duduk2, makan2 sikit terus cabut balik rumah..siap sempat ber jumaat di sini..pendek kata, saya menghabiskan hujung minggu di jb..yeah..melepek sahaja di rumah..tak kuasa nak jalan2 sangat..

seperti tahun2 sebelumnya, aktiviti korban lembu tidak akan saya miss..dapat tengok sekor dua lembu yang dikorbankan jadik lah..tahun ini kampung saya korbankan 5 ekor lembu2 gemuk yang ada bonggol di belakangnya..gila besar haiwan2 tersebut..alhamdulillah tahun ni tidak ada aktiviti mengejar lembu terlepas seperti tahun sudah..semua berlalu dengan lancar~

dalam masa menonton lembu yang hampir dikorbankan tu, banyak juga kanak2 di sekitar saya yang bunyik2,

” ish..kesiannya lembu tu..”
“kenapa nak sembelih? tak baik la buat binatang macam tu..”
“mak..suruh la atuk tembak je..sembelih kat perlahan..sakit lak tu..”

dan hampir setiap dialog yang dikeluarkan oleh kanak2 baya upin dan ipin tersebut di balas oleh parents mereka dengan, “ish..tak boleh nak kesiankan..nanti takleh makan dagingnya..”

actualy mungkin kebanyakan parents akan jawab dengan cara yang sama terhadap anak2 mereka..mungkin satu ketegasan supaya anak2 tu tak banyak tanya..tapi kalaulah mereka masih menyimpan sifat kasihan kepada haiwan tu..mungkin mereka akan pendam je kan..dan mungkin juga mereka akan fikir aktiviti penyembelihan tu sangat kejam compare dengan cerita2 luar negara yang kadang2 pancungkan aje lembu tu dengan alasan pancung lebih cepat dan tak menyeksa binatang..

maybe next time, parents dapat meluangkan sedikit masa dengan anak2 kecil ini untuk terangkan bahawa aktiviti penyembelihan merupakan cara terbaik untuk memastikan haiwan itu mati dengan sempurna..ini kerana, seperti mana yang kita tahu, aktiviti penyembelihan akan memotong urat2 utama lembu itu supaya darah segera keluar dan supaya lembu itu mati dengan lebih cepat tanpa terseksa..dengan penerangan ringkas ini, mungkin anak2 ini akan lebih faham dan lebih menghayati maksud sebenar penyembelihan berbanding dengan hanya menonton je..

setidak tidaknya, pastikan budak2 kecik ni tak main pisau atau parang..dengan pemikiran yang masih ringkas..khuatir mereka akan praktikkan apa yang ditonton tanpa penerangan terhadap mana2 hidupan yang mereka jumpa..ish..saspen juga..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: