negeri kelantan vs negeri negeri sembilan~ #2

oh yeah..negeri sembilan menang..!!

tahniah untuk kontingen negeri sembilan daripada jurulatih, para pemain, pemain simpanan, pegawai2, pembancuh air, makcik dobi, makcik cleaner, pakcik kantin, medic, pemandu bas dan semua2 sekali yang mengaku dirinya sebahagian daripada kontingen negeri sembilan yang hebat..well played football both defensive and attacking..tahniah..!!

untuk kontingen kelantan, tidak mengapalah..ada masa ada peluang cuba lagi..maybe permainan kalian juga bagus tetapi tidak sebagus negeri sembilan yang memang menguasai bola dari awal perlawanan..cubalah tengok video perlawanan tu balik dan buat sikit analisis..agak2 ada orang macam nak tak nak je main, buangkan aje..agak2 ada orang yang main tak seberapa tapi mulut bising lebih marah2 pengadil padahal sendiri yang tak semenggah, so buangkan jugak, haha..

untuk sebahagian kecik penyokong kelantan yang jelas kelihatan dalam televisyen membaling mercun, baling botol, jerit2 budget bagus, anda semua boleh pergi jahanam..pada saya tidak ada apa yang perlu dimarahkan bila pemain negeri sembilan tu jaringkan gol..bukan dia jaringkan pakai tangan pun..bukan dia tendang player kelantan pun..bukan pemain negeri sembilan tu mulut bising2 sangat..jadi, apa yang penonton nak marah sangat..??

yang koyakkan banner negeri kalian sendiri pulak, tolonglah..kan ke ada nama kelantan tu..masa mula2 sokong macam takde team lain sehebat kelantan tapi bila dah kalah mula marah pemain tu semula..relaks lah..bola tu bulat..bagi yang bakar kerusi stadium dan juga baling botol kat brader2 bomba yang cuba nak padamkan api tersebut, kalian semua patut malu dengan diri sendiri..datang jauh2 nak tunjuk semangat kesukanan konon2..tapi perangai macam haram jadah..apa benda yang nak dimarahkan sangat entah..

not all penyokong kelantan yang macam tu..tapi oleh kerana sebahagian ni lah satu team tu terpalit sekali..kalau kena denda pun, persatuan bola sepak kelantan jugak yang kena tanggung..

memang..kita memang susah nak maju if ramai lagi orang2 low-minded yang macam ni..fighting for nothing dan cuma JAGUH KAMPUNG..berani bersorak sebab ramai..kalau sorang2, semua duduk dalam cengkerang..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: