bola sepak..

semalam merupakan perlawanan liga perdana inggeris antara arsenal dan tottenham hotpurs..sudah tentu saya akan layan arsenal..apa barang man utd..apa barang chelsea..apa barang liverpool..

manchester city..? pergi jahanam..sebab mereka ada emanuel adebayor..

tak layan bola..? tak faham..? then mungkin anda hilang salah satu nikmat dunia yang terbaik pada zaman ini~

tapi semalam saya memang betul2 nak tengok perlawanan arsenal tu..abah pulak pulun nak tengok badminton dia sebab dia nak tengok encik iskandar yang dijangka akan menggantikan datuk lee chong wei pada masa akan datang..saya tengok kejap pun saya rasa beliau ada potensi..keep it up malaysia..! sebab ayah saya berkeras nak tengok badminton, maka saya pun melembutkan diri keluar dan pergi berjalan ke kedai mamak berhampiran di belakang rumah..

on de way ke kedai mamak yang cuma beberapa langkah pun saya boleh nampak warga2 asing bangladesh, indonesia, vietnam, filipina yang melepak lepak di kaki lima..berborak..saya simpulkan ada dua group..satu group baik, borak2 kosong..biasa2 aje dan kadang2 kalau selisih dengan saya, ada antara mereka yang senyum2 jugak..satu group lagi saya rasa macam nak sebat kepala sorang2..jenis yang minum arak, meludah sana sini..buat2 gangster..cakap jerit2..dan mereka semua agak berkeliaran di sana sini..

haissh..kalaulah negara kita ada bagi kebenaran kat warga tempatan bawak pistol dan tembak mana2 warga asing yang kita tak suka kan best..

ok2..berbalik kita..masa berjalan tu juga saya mula terfikir..dahsyat juga penangan bola sepak england ni sampaikan saya sanggup berjalan ke kedai mamak untuk menonton perlawanan mereka..ketika di kampus dulu, saya masih ingat saya dengan rakan bernama firdaus menonton liga perdana inggeris ni bermula lepas maghrib 7.45 petang sampailah jam 3.00 pagi..straight berbekalkan beberapa gelas air teh setiap jam..sangat pulun..

tapi..kenapa saya tidak ada feel nak tengok liga perdana malaysia..??

permainan tak menarik dan tidak bermutu..?
tak juga..sebab liga perdana england pun, sehebat hebat pasukan ada juga main tak semenggah..amri yahyah seorang kapten pun tendang bola macam tiang gol duduk kat awan sama macam wayne rooney daripada manchester united..apa bezanya..??

pemain2 kita poyo..?
bila dah gelecek bola macam dia je la manusia paling hebat di dunia..hairuddin omar depan2 gol even ada 3 4 orang team mate dia boleh pass dan peluang lebih cerah untuk gol masih lagi nak gelecek dan cuba score sendiri..sama je macam player bernama ryan babel dr liverpool..so apa bezanya lagi…??

padang tak berkualiti..?
apa kaitan..? stadium wembley pun padang dia tak la sehebat mana..

penonton tak bersemangat dan tak berdisiplin..?
tak relevan..liga perdana england lagi tak berdisiplin..if main kat kelab2 kecik pun, pasukan kecik tu penonton dia tak ramai juga..apa bezanya..??

saya simpulkan liga perdana malaysia kurang mendapat sambutan adalah sebab kita tak kenal para pemain kita sendiri..even liga perdana itali dan liga perdana german pun saya tak layan sebab saya tak kenal pemain even permainan mereka cantik..

bila kadang2 saya tengok liga perdana malaysia, kat jersi tidak ada pula tulis nama mereka..just kosong dan kalau ada pun cuma nama penaja di jersi belakang tu..miskin sangat ke kelab2 di malaysia sampai nak tulis nama di baju pun takde duit..?? penaja pulak poyo gila..kalau boleh kat benag2 stokin pun nak bagitau mereka yang taja agaknya..why not wajibkan penaja tulis nama kat jersi..?

bila dah tak kenal..nak tengok pun tak menarik..if kenal pun, kita tahu ke potensi dia hebat ke tak..? is that a way yang boleh kenalkan para pemain dan potensi mereka supaya kita bila tengok player pun dapat rasa, “ish..mamat ni main ke..? kalah la camni..” or dapat rasa, “pehh..mamat ni turun arini..cantek la..goyang la defend dia harini..laju ni..”

hmm..saya harap satu hari nanti saya dapat tengok muka pemain johor fc..dan saya terus kenal dia dari mana, posisi apa, apa kehebatan dia, cara dia main dan semua sekali tentang pemain tu macam mana saya kenal setiap pemain dari arsenal sekarang..

eh..dah sampai mamak dah rupanya..machaa..tek tarik unek! sambil tarik kerusi dan duduk 2 meter dari tv gergasi 52 inci..sakit mata pun sakit la janji puas..

2 responses to this post.

  1. saya setuju! milo ais satu~

    Balas

  2. semua th tidaklah seberapa,
    dibandingkan menonton bola dgn alonso prett, dan torres.
    tgok bola sket je, prett yg byk.

    menu pula diambek oleh ronaldiho.
    nikmatkan..
    haha

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: