papadom!!

it’s hard for me to go to cinema only to watch malay movie..lagi2 klu cite tu dr encik razak mohaideen..baru tgk satu babak dah tau dah cerita dia pasal apa..then mesti terasa lawak2 tipikal malaysia yang susah nak gelak..sure la bazir tgk wayang camtu..tak tengok pun tak apa rasanya..

tp for me papadom is something special..^^

last cerita melayu saya tengok wayang adalah cerita impak maksima..eh..entahla..tapi ada diana danielle, aaron aziz, nabila huda semua tu..cerita pasal mat rempit..not because saya nak tengok..tapi sebab melayan adik saya yang jiwanya masih remaja..tengok la kami cerita tu 3 beradik..jadikla buat geli2 mengisi masa lapang masa tersebut walaupun memang saya tak berapa layan cerita2 macam tu sangat..

then comes papadom..im fully attracted only because afdlin shauki yang setiap lakonannya sangat menarik..cerita papadom mengisahkan seorang manusia bernama saadom yang memulakan perniagaan nasik kandar dari sebuah gerai kecil sehingga mempunyai banyak cawangan..tapi dalam kejayaannya itu, membuatkan dia mengabaikan keluarga sehingga lupa besday anak dia beb..sampai la satu masa isterinya eksiden dan meninggal dunia tak lama kemudian kerana hilang fokus memandu ketika marah saadom di dalam telefon..sebab? munirah (isteri saadom lakonan khiriah) kecewa kerana saadom tak pergi ambik report card anak dia..sibuk dengan nasik kandar dia je..

sejak kematian isterinya, saadom pegang wasiat untuk menjaga anaknya, miasara sehabis baik..masalahnya saadom takes it too seriously sampai akan ikut ke mana2 sahaja miasara pergi..kalau anda tengok cerita ni, anda juga akan rasa rimas dengan tindak tanduk saadom kat anak dia, hehe..

oh ye..miasara adalah lakonan liyana jasmay..tu pun lepas saya tanya kawan saya, “yang jadik miasara tu pelakon betul ke..?” gila lembab saya nak mengenali artis2 baru ni..lagi seorang yg diperkenalkan kat saya adalah scha (sebutan lidah saya:se-cha) alyahya..buatnya kalau saya selisih bahu dengan mereka berdua di pasar malam pun, sure saya tak kenal mereka..dah la cantik..hilang satu nikmat dunia, huhu..

throughout the story, u’ll realize how saadom is trying to watch for her daughter as close as possible..sepanjang cerita jugak, anda akan dapat tengok kelibat roh isteri saadom, munirah yang sentiasa berada dengan saadom bila mana saadom memerlukan..munirah ni pulak akan menjelma dalam pelbagai outfit ikut pemikiran saadom..menarik!

however, bila dah habis cerita, mungkin akan terfikir longgarnya plot cerita papadom..eleh..transformers 2-revenge of the fallen pun plot macam haram gak, boleh je box office…tak bising2 pun..

quite ironic where we see miasara yang sentiasa dikongkong bapanya sejak kecil..bila berjauhan dengan bapa, mula terasa apa itu kebebasan..sampaikan mengambil kebebasan tu ke satu tahap yang sangat jauh bila kita tengok aksi miasara dan hisham hashim lakonan farid kamil..dan bila miasara dalam kesedihan je, barulah dia teringat ayahnya..semua tu tak ditunjukkan secara direct tetapi dicuit sikit2 sepanjang filem papadom ni..maybe shows that untuk kawal sepenuhnya anak kita pun tak elok sebab bila mereka berjauhan, they’ll feel ‘freedom’..yang mungkin akan menyusahkan orang lain..

but overall cerita ni memang menarik dan confirm takde ketawa yang akan dibuat2 keluar dari mulut anda..lagi2 bila ada watak encik shukor (harun salim bachik) dan juga watak mat@wajib tayang lakonan que haidar…semuanya goes naturally as we know how afdlin shauki works rite..

ada rm12 sekarang..? cergas terus start enjin kereta or motor terus ke panggung wayang berhampiran dan terus beratur untuk papadom..berbaloi baloi~~

p/s : siapa yang dah tengok, teka ayat ni dari siapa :

“dah dah..bangun..jangan emosi sangat dengan tanah..”

guess who..? masa ni satu panggung gelak gila! =D

Advertisements

4 responses to this post.

  1. Posted by nurul on Oktober 12, 2009 at 8:44 pm

    waaa…promot nampak??? nie nak p tengok nie..ish3!!!

    Balas

  2. ayat tu dari incik syukor masa dia terserempak saadom tgh skodeng anak dia.

    yes siyesly satu panggung gelak. bukan scene tu je. byk scene lain yang lawak pandai. filem melayu byk yang best la. minus mohideen, julie dahlan, yusuf haslam and his son, yang lain2 boleh masuk tekak.

    tapi aku risau satu, afdlin is so talented aku takut hayat dia tak lama. dengar cam laser mulut aku ni tapi aku peratikan orang2 yang truly talented kat malaya ni hidup dia tak lama. P. Ramlee, Sudirman, Yasmeen Ahmad. Semua mati muda.

    Afdlin harapnya can live longer utk buat lebih byk filem melayu yang bagus. harapnya…

    Balas

    • Posted by AzamHassan on Oktober 14, 2009 at 1:49 pm

      haha..mmg btul..overall setiap babak tu sure akan ada org gelak pnya..!

      umm..jgn risau miza..afdlin mesti akan hidup lebih lama..tapi bila dia dah dapat datuk kena watch out gak la sebab mesti dia akan kerja lebih keras..kerja lebih keras means kurang masa untuk diri sendiri..

      masa tu barulah kita risau sama2 ye..harap rakan2 pengarah filem tipikal lain tu dapat buat filem sehebat afdlin..tolonglah..sangap ni..

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: