salam aidilfitri..

dah beberapa hari tak menulis..dan jugak dah beberapa hari berangan pasal raya..hehe..

still..if kita tanya semua orang especialy batch saya, semua cakap raya makin lama makin tak meriah..makin lama terasa makin hambar dan sebahagiannya enjoy raya bukan pasal raya..tapi enjoy sebab masa tu boleh cuti panjang..raya tu jadik sebab je untuk cuti..

pada saya, yang menjadikan raya semakin tak meriah adalah sebab kita semua dah membesar..masa kecik2 dulu raya meriah sebab abang, kazen2 dan saya sentiasa merantau di segenap kampung untuk mencari mercun thunder king..dewa segala mercun yang saya tak pasti ada jual lagi ke tak sekarang..yang bunyinya leh buat ayam yang sedang tidur mengiau..dan kucing yang sedang makan berkokok pula..gila kuat beb..masa bakar dan tengok dia berlepas ke atas lalu meletup, buatkan hati berdebar2..sayup2 kami nampak duit2 yang kami laburkan berterbangan..lantak..duit raya kan banyak..

selain mercun, kami juga akan tipu apek hardware untuk beli karbaid dalam 2 3 kilo dengan alasan atuk mintak sebab nak peram pisang sebab dekat nak raya..berani dia nak lawan kalau sebut nama atuk saya..dinasour dinasour yg ada kat sekitar labis dulu pupus sebab atuk saya lempang setiap seekor kiri kanan (saya percaya gila cerita ni masa kecik..)

dari karbaid tu, kami akan pergi tempat buang sampah dan carik tin milo besar..tapi takdelah sampai ada sisa2 milo tu kami makan dulu ok..kami basuh terus dan dah kering, kami tebuk hujung tin tu dengan paku..

kemudian, apa lagi..korek lubang kat tanah..letak karbaid..letak air..dan tutup dengan tin milo tadi…tunggu lama sikit, cucuh kat lubang yang dah tebuk..dan…”dum!!”..melenting tin tu..siaplah sbuah aksi meriam katak ringkas..best2..

tapi bila dah besar2 macam ni..tak terasa pun pulun carik mercun..tak terasa pulak nak menipu apek karbaid..dan tak terasa pulak nak pergi collect2 duit raya dari rumah ke rumah..tak terasa disebabkan oleh hilang minat terhadap semua tu, dan bila hilang minat, maka hilang semangat nak raya sebab takde apa lagi yang saya tunggu untuk buat masa raya..

mungkin sekarang saya lebih dewasa menyambut raya dengan pastikan semua ahli keluarga saya dapat berkumpul dan gembira bersama2..mungkin hari ini saya beraya bersama mereka..tahun depan bagaimana..? tahun depan lagi pulak mcam mana..??

syukur kita sekarang di ambang aidilfitri dan diharap kita semua dapat menyambut raya aidilfditrti ini dengan penuh kemeriahan bersama keluarga tercinta..

to all bloggerz n readers, salam aidilfitri dari saya dan pandu dengan cermat di mana2..pastikan ramai ni yang kita ada sebelum raya..ramai ni jugak yang kita akan jumpa selepas raya dan raya2 berikutnya..jangan berkurang kerana kelalaian sendiri~

till then..

daa..

Advertisements

3 responses to this post.

  1. kita sudah semakin dewasa, sungguh tak comelkan,
    rindu zaman kanak-kana yang dah jauh berlalu,
    nanti kita sembang panjang kat wedding acik, yer
    sy trun jb insyallah..nak lepak dengan korang semua.
    salam raya

    Balas

  2. selamat hari raya 🙂

    Balas

  3. dinasour dinasour yg ada kat sekitar labis dulu pupus sebab atuk saya lempang setiap seekor kiri kanan <– nk tau gk siapa la penglipur lara nya ni. hehe!

    sy nk bgtau budak kecik, dulu atuk kau blh buat tembakan tepat dgn gaya peluru membelok mcm cerita 'Wanted' . klau xcaya tgk ni gmbr atuk kau dpt anugerah dari sultan. sure dia percaya kn =D

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: