pakcik polis..

tadi saya ke angsana bersama parents saya..emak nak carik kuih raya nak bagi kat atuk katanya..so memang plaza angsana merupakan tempat terbaik untuk melihat satu kompleks yang sangat dipenuhi melayu..kira sangat terasa suasana di ambang raya tu..

saya pun terkejut jugak sebab emak ajak tengahari tadi so macam agak awal untuk keluar berjalan jalan tapi bila dah sampai di tempat parking kereta angsana di luar tu, sangat banyak kereta..sebahagian daripadanya ber nombor plat singapura..perkara biasa di jb bila menjelang musim2 perayaan..warga singapura akan membanjiri malaysia untuk berbelanja bukan setakat harga barang yang lebih murah malah harga minyak juga menguntungkan mereka, hehe..selamat datang ke malaysia!

dalam kesibukan tu, di mana semua orang nak cepat, sakit hati juga bila tengok ada orang yang main parking je di bahu2 jalan..menyampah beb, kita dah bawak kereta elok2 tiba2 kena tukar lorong sebab ada bastard mana entah buat jalan ni macam dia punya je..mujur ada pakcik2 jpj bermotor BMW besar menjalankan tugas..puas juga hati tengok kereta2 ini disaman..menyusahkan orang!

setelah membeli belah, kami pun bergerak pulang ke kereta..tapi untuk melintas jalan yang dipenuhi kereta agak mencabar..actualy saya rasa angsana dah kena buat jatu jejambat untuk keselamatan semua..nak kena tunggu ada orang kena langgar dulu kot baru nak bina, huhu..

biasanya tunggu seminit boleh lah lintas tapi mungkin di ambang aidilfitri, jalan raya tu sangat sibuk..sangat2 sibuk..sebilang masa ada je kereta yang laju..bila ada satu lorong yang ingin bagi pedestrian jalan, lorong sebelah pula tak mahu berhenti..jadik terpaksa la kereta tu jalan semula sebab kena hon dari belakang..gila kejam..

sampai la saya rasa dah berbulu tunggu dan hampir nekad buat kerja gila melompat ke tengah jalan raya, kelihatan dari jauh sebuah waja polis melalui jalan itu..dari jauh lagi dia dah bunyik siren dan nyalakn lampu biru dan terus memandu tengah2 lorong, menahan jalan semua kenderaan di belakangnya..siapa berani potong polis beb..? sampai je berhampiran kami pedestrian, pakcik polis tu berhenti dan suruh kami semua melintas..cool gila..

buat pertama kali, takde orang hon dari belakang, haha..baru kalian tahu kuasa polis..saya harap pakcik polis yang menjalankan tugas ini bersepah2 di muka bumi melebihi pakcik polis yang kaki rasuah..jika ada la..kalau takde baguslah..cuma bila tengok2 kat youtube, boleh tahan jugak ramainya..

by the way, seminggu lagi nak raya..tak sabar rasa!

2 responses to this post.

  1. demi sepasang selipar..hihihi.

    En Polis tu sungguh gagah perkasa~ nk pegang bahu dai leh? =P

    Balas

  2. Posted by mashimar0 on September 14, 2009 at 9:45 am

    slmt ari ry~~

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: