nokia N96..

ahad minggu lepas..saya, abang, emak dan abah pulun ke KL untuk menghadiri kerja kahwin sedara saya yang berlangsung di dewan FRIM..

yang jadik pulunnya adalah kami bertolak lepas subuh..tiba sana dalam tengahari dan kemudian petang pulang ke JB semula..neo saya merupakan kenderaan tajaan pada hari itu percuma seorang driver sepenuh masa..iaitu saya..

dalam perjalanan pulang, saya singgah sebentar di R n R seremban untuk membukak balik mata dan hati saya yang semakin lemah kerana lauk kambing dan nasik beriyani pada tengahari tadi..

entah bagaimana, kerana kemuliaan hati kami memenuhi jemputan kahwin sedara, kami dan2 dapat parking sedangkan suasana agak sesak masa tu..haha..apa kaitan entah statement ni..rasa macam riak pun ye jugak..^^

belum pun sempat saya turun kereta, datang seorang brader yang biasa2 aje berkaca mata hitam berseluar yankee berambut minyak, muka tak semenggah menghampiri kereta saya..dalam tangannya ada sebuah handset nokia N96..pada masa sekarang, market nokia n96 = RM2800..

dia pun hulur handset tu kat saya..saya ambik dan belek2, nampak macam baru dan kelihatan berfungsi dengan baik..saya pun saja nak tanya,

“berapa..??”
“abang amik la bang..800 dah la..”

saya terkedu..gila murah rm2800 jadik rm800..hati saya dah goyang sebab untuk 800 pada saya takde masalah nak memilki sebuah handset semahal tu..tapi saya try jek balik,

“ish..xpela..mahal la..”

sambil pulangkan semula handset tu kat dia..tapi brader tu pulun jugak nak jual kat saya, dia tolak balik dan letak tangan tu kemas dalam genggaman saya seraya berkata,

“ok lah bang..berapa je abang cakap la..berapa je saya amik..”

masa ni saya dah terasa nak bagi je 300 cash dalam wallet saya kat dia..sure dia terima gak punya..

tapi setelah memikirkan sedalam dalamnya, saya memutuskan untuk tak nak berurusan dengan brader tu..entah datang dari mana handset tu..entah handset curik ke agaknya..or entah pemilik asal handset tu bersusah payah kerja nak beli handset tu tapi brader tu senang2 je buat untung..

regret..?? mestila ada sikit..yela mana tahu handset tu memang handset dia..

tapi takkan la dia nak jual semurah tu kan..atau mana tahu duit yang saya bagi if saya beli dari dia, dia buat beli dadah ke benda2 x elok ke..dah tak ke saya jadik pemusnah bangsa..

hmm..saya tak apsti brader tu dapat jual ke tak handset tu..tapi saya pasti, akan ada orang beli jugak..

untuk kita semua, jagalah handset anda sebaik baiknya..

3 responses to this post.

  1. Posted by mashimar0 on Ogos 20, 2009 at 12:26 pm

    wahhhh..nk gak N96~~heheh

    Balas

  2. Posted by Ikhwan on Oktober 6, 2009 at 5:30 pm

    Senang je kenapa dia nk gak jual N96 tu, sebabnya adalah N96 tu adalah made in China. Recently, 1 of my site manager pernah kena benda yang sama dkt RNR rawang (menuju ke utara). Lebih kurang cerita yang ko cite tu, dia nak tolak gak hanset N95 yang entah dari mana dtg dan nmpk baru, serta berbekalkan cerita nak balik kampung dkt indon, sbb tu perlukan duit. Maka, site manager aku pun terima hanset tersebut dengan hati yang gembira kerana boleh memiliki N95 pada harga RM 400 sedangkan pada masa itu, handset N95 adalah seribu lebih kot harganya. Dengan hati yang riak beliau menayang2kan pada semua, termasuk aku. TETAPI, alkisahnya bermula bila nak transfer lagu.

    SM(Site Manager): Transfer lagu dulu beb dlm hanset baru ni.

    Aku: Yela2, meh sini hanset baru tu.

    SM: Lagu best2 ckit tau.

    Aku: Eh, knape bluetooth hanset ni x dpt detect ek?
    Ada mslh kot, baik hantar kedai, tgk blh repair x bluetooth dia.

    SM: Yela2, nnti otw balik Subang Perdana aku hantar kedai.

    Aku: Jumpa sane je nnti.

    Setibanya di tapak projek SK Subang Perdana.
    Site Manager aku muncul dengan wajah yang sugul.

    Aku: Macam mana hanset? Boleh dah? Meh aku transfer lagu.

    SM: Ko nk ke hanset ni. Ko amikla. percuma je aku bagi.

    Aku: Aik, biar betul. Knape ni bang?

    SM: Aku gi kedai td nak repair hanset bodoh ni, lps tu kedai tu ckp hanset ni made in china. Punyalah bodoh aku x perasan tulisan NOKIA jd NOKLA(Actually L tu nmpk mcm I besar, jd x nmpk sgt kecuali kalau diperhatikan betul2). Patutla aku x dpt nak pakai bluetooth. Sial je.

    Aku: (Dalam hati aku, aku nak gelak pun ada, sedih pun ada, nak berguling2 kat tanah pun ada). Xpe bang, gi la trade in hanset tu, blhla dpt duit ckit.

    SM: Xnak aku, ko amikla. Aku xnak tgk hanset ni lg, sakit ati aku.

    Aku: Betul ke ni. Aku amikla ye.

    Maka, kesimpulannye, aku dptla sebijik hanset N95 NOKLA baru disebabkan oleh kecuaian memastikan hanset tersebut Original atau tidak. Tapi malangnya riwayat hanset tu x lame sbb aku trade in dgn kedai utk dapatkan hanset lain yang Original.

    Kesimpulan terakhir, jgn beli brg tepi RNR. Kalau betul hanset tu ori, dan dia pun tau harga market price hanset tu, xkan dia nak jual tepi jalan lps tu angkat berape je. Baik jual kat kedai sebagai 2nd hand, blh dpt beribu ringgit. Tp tula, kat kedai tu org2 yg pandai pasal hanset, ssh la nak tipu. Kite je yg sng terpedaya dgn barang2 murah tp x diketahui asal usulnya.

    Sekian.

    Balas

    • Posted by AzamHassan on Oktober 6, 2009 at 8:23 pm

      wah..steady la bro anda punya komen..

      umm..n96 nokLa ek..wahaha..xleh blah..sian dia burn rm400 camtu je..xpela..lesson learnt untuk semua..

      tapi bro..seriusly handset ni mmg nokia n96 yg betul..dah ada kat tangan..dah belek2..dah slide2 dah..but in term of its software or functionality tu tak dapat dipastikan..mana tau mmg takleh guna gak software2 dia tu gak kan~

      thanks 4 ur story..appreciate it much..

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: