akibat street fighter..

sekitar 13 atau 14 tahun yang lalu..

abang : cakaplah dengan abah nak beli burger..nanti bila dia bagi duit, kita pergi la belakang..

saya : alaa..abang la cakap, takkan azam pulak..tapi cakap nak beli burger tapi kalau balik tak bawak burger nak cakap apa..?

abang : alaa..cakap la kita makan masa on de way balik..

saya : oo..haa oklah..pergilah cakap dengan abah..

abang pun pergi cakap dengan abah nak beli burger..abah bagi not RM5..gembira bukan kepalang masa tu..lepas buat beberapa matematik mudah..kami menuju ke belakang..saya dah terbayang dah game street fighter yang saya main semalam..saya akan balas dendam dekat dhalsim yang mengalahkan saya dengan muntah api..saya juga akan kalahkan blanka dengan pusingan elektriknya..

kami pun bergegas mengorder burger dan cakap dengan brader tu kami akan datang kemudian..selepas itu kami bergegas pula ke kedai game tersebut untuk memuaskan nafsu..

keluar jam 8..jam 9 masih tak pulang..jam 10 pun tak pulang..rupanya abah dan emak dah rasa tak sedap hati..abah pun ke belakang dan meninjau sekitar..pada masa sama saya dan abang sedang khusyuk melawan musuh masing2..tengah sengit pulak tu..

tak diduga, sedang khusyuk tu, saya rasa ada orang jentik telinga saya..saya toleh..abah muka agak bengis dah..tak banyak cakap dengan baju putih dan kain pelekat dia tu..satu je perkataan yang keluar dari mulut dia, “balik..!”

dalam perjalanan pulang, abang dan saya dah rasa saspen yang amat..pelbagai alasan kami dah prepare dalam ketakutan..pelbagai cerita sudah kami reka untuk selamatkan diri..adakah akan tamat riwayat kami kena hayun dengan kaki malam ni..?

sampai di rumah..abah dah jerit kat emak..kami tak masuk rumah lagi, emak pun dah marah2 kenapa pergi kedai game tu dan yang paling penting kenapa tipu diorang..

emak masuk bilik, capai wallet dia dan terus baling suma duit dia kat kami..

“pergilah lagi..habiskan semua duit tu..!!!”

kami dah gelabah puyuh dah masa tu..habislah..dah lama lepas tu kami pun serta merta ke bilik dan berkurung di dalam bilik..sayup2 dengar emak masih membebel..abah dah hisap rokok dah, kecewa sangat agaknya dengan kami..serius sedih masa tu..rasa bersalah sangat2..

abang : camna zam..? mintak maaf la jom..tapi lepas ni memang takkan ke sana lagi la..

saya : ok..

kami pun mintak maaf dengan emak n abah dan lepas tu kami terus tak jejak lagi kedai tu..emak peluk kami dan cium kami kiri kanan..air mata saya pun mengalir……

tak lama lepas tu, kedai tu dapat surat ugutan..tak salah saya surat tu ada darah siap..dah macam along sekarang..mungkin dari parents di sekitar taman gembira yang tak puas hati..or maybe anak2 dia pun jadik macam kami..huhu..tak lama lepas tu pulak, kedai tu pun bungkus..

kadang2 bila sembang2 dengan emak dan abah pasal kes ni..diorang boleh gelak besar terkenang macam mana gelabah kami masa tu..kami pun gelak jugak..

hehe..sekarang boleh la gelak..cuba gelak masa tu tengok..tak terpacak kami kat aerial rumah kena lambung dengan abah..hihi..

thanks emak n abah..kerana emak dan abah dan jadikkan kami orang~

5 responses to this post.

  1. Posted by mashimar0 on Julai 20, 2009 at 8:38 am

    wakakakakaka..cite time muda2..haha

    Balas

  2. Posted by aaDc on Julai 20, 2009 at 1:01 pm

    azam, ko terer main street fighter lagi x?
    meh la turun kl kite main dgn time square.
    hehehe…
    ajak mashimaro skali…
    die mcm beminat aje aku tgk….

    Balas

  3. hm…tp apa berlaku pada burger trsebut? smpat tak mkn? dh byr lum kt abg burger tu ek?

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: