neo dan toyota..

hari ini saya pergi alignment neo di seri alam..neo saya berat ke sebelah kanan..kalau saya lepaskan stereng, bliau beransur ansur ke kanan..

bila orang bengkel tu cek, dia kata saya sudah kena tukar barang..skru camber nama dia berharga RM65..saya tak pasti dia jujur atau kaki kencing punya orang jadik untuk langkah selamat, saya tunda dulu untuk tukar..better saya call proton dan juga sapa2 dahulu kan..bertanya serba sikit..yelah..saya tau bawak je..barang2 dalam ni agak mengambil masa untuk difahami supaya tak mudah ditipu..

nak dijadikkan cerita, ketika saya berhenti di traffic light nak masuk simpang taman saya, ada sebuah toyota klasik yang agak laju di belakang..mula2 saspen juga tapi lama2 dia pun berhenti di belakang saya..

mulanya saya tak kisah la kan tapi tiba2 berbunyi bumper belakang saya di sodok oleh kereta toyota tersebut..saya tengok cermin pandang belakang, tengok seorang brader india bermuka blur..

saya bukak tingkap dan arahkan beliau ikut saya sampai depan rumah..agak patuh jugak la brader tu..ikut je..hehe..

sampai depan rumah..saya dah terbayang nak pergi terus kat kereta dia, cekak leher dia lepas tu buat muka bengis, tunjuk penumbuk depan muka..lepas tu jerit kuat2, “lu ingat lu sudah kuat ka..?’

tapi instead of buat macam tu, saya cuma mampu senyum dan cakap, “apa cite bro..?” huhu..

dia masih buat muka blur dan cakap entah apa2..rasa nak lempang pun ye jugak..saya suruh dia parking tepi dan saya cek kereta saya..tengok2 macam takde apa..remuk tidak, patah tidak, even calar pun tidak..hmm..pelik..mungkin sebab beliau memandu kereta toyota klasik yang bumper hitam tu agak 1st class pada era tu kan jadik xdela merosakkan kenderaan lain..

setelah berpuas hati..saya suruh la bradr tu beredar..dia pun memandu perlahan gila sampai simpang keluar..saya dapat simpulkan yang brader india ni mabuk..for safety, saya catat jugak la nombor plat kereta tu..mana la tau kan tiba2 gugur bumper saya, saya tau lah nak carik siapa..

for the time being, syukur juga sebab neo saya ok..kalau tidak saya dah suruh dia bayar RM65..lepas jugak saya nak tukar skru camber tu..huh..

Advertisements

One response to this post.

  1. apa kes minta RM65..RM100 trus… markup kos sabar tgk muka blur dia tu..hehehe

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: