obsesi..

di mana2 saja tak kira opis atau rumah, perkara pertama yang saya bukak di internet adalah espn soccernet..

yaa..dengan musim bola liga inggeris masih tidak bermula, aktiviti yang paling giat dijalankan sekarang adalah jual beli pemain..benda2 macam ni yang saya suka baca..macam gosip2 artis pulak, haha..

sebagai penyokong x bape setia arsenal (saya lebih suka sokong johor fc), saya teringin jugak nak tengok pemain siapakah pengurus besar arsenal itu, arsene wenger namanya, yang akan dibeli..dengan prestasi yang tak menentu skuad tersebut, ada kemungkinan 2 atau 3 pemain bertaraf bintang akan disambar..

jangan beli pemain bertaraf binatang sudahlah..even lari laju macam ada empat kaki tapi skill macam haram..buat sakit mata je..

apa yng menariknya tentang jual beli pemain ni adalah harganya yang sangat tidak munasabah bagi kita di malaysia..bayangkan cristiano ronaldo dapat dijual dengan harga lebih kurang RM480 juta..! tak kira gaji beliau lagi setiap minggu tu..kaka juga dijual dengan harga yang tidak relevan jika dibandingkan dengan umurnya yang dah 27 tu..

saya mcam pernah terdengar dulu di mana salah sebuah kelab di malaysia ni cuba ingin mendapatkan khidmat luis figo tetapi beliau mintak bangunan komtar di penang tu kalau betul2 ingin mendapatkan khidmatnya..bunyik dah macam cerita puteri gunung ledang kan =D

jadi…selagi musim baru liga inggeris belum bermula, kita sentiasa akan dikejutkan dengan proses perpindahan pemain yang kadangkala mengejutkan dan kadangkala melegakan..seperti kata2 hussein lempoyang di dalam cerita 3 abdul, “meniaga orang lagi untung daripada meniaga unta..”

wauuuuu!!

Advertisements

One response to this post.

  1. er..xfaham…. =P

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: