BI wajib SPM..

saya suka kerajaan baru ni..lebih terbuka..lebih kelihatan mementingkan rakyat setakat ni..isu terbaru adalah berkaitan tentang wajibnya BI untuk lulus dalam SPM..kerajaan lebih terbuka untuk bertanya rakyat dahulu berbanding dengan isu PPSMI yang tau2 je dah implement..

pada pendapatan saya yang tak seberapa ni, saya lebih kepada bersetuju untuk wajibkan BI untuk lulus SPM ni..

tapi..

yaa..sudah mesti ada tapinya ya tuan2 dan puan2..tapi saya juga lebih berpendapat untuk wajibkan BI untuk SPM pada 11 tahun akan datang di mana hanya budak darjah 1 je yang akan dididik dengan BI secara intensif khas untuk mnyediakan mereka ketika SPM kelak..

memang for sure la 11 tahun satu tempoh yang lama..tapi dalam tempoh 11 tahun tu, sangat banyak benda yang boleh dipertimbangkan semula..sangat banyak perkara yang boleh dikaji dan di tambah baik dari tahun ke tahun..lagipun dalam masa 11 tahun tu, kita boleh buat beberapa ujian untuk melihat sejauh mana penerimaan BI dalam kehidupan kanak2 ni..adakah mereka semua bersedia ketika SPM kelak..?

jika kita terus implement tahun depan, macam mana dengan sekolah2 di pedalaman dan juga super pedalaman seperti sabah sarawak untuk cepat membiasakan diri..? ingat, di malaysia bukan hanya satu kaum sahaja yang hidup tetapi kita ada berbilang kaum yang pastinya latar belakang yang berlainan..

para guru juga dapat lebih disediakan dengan lebih baik dalam tempoh 11 tahun itu..mungkin tahun depan, guru2 akan berasa sedikit sukar tapi lama kelamaan, kesukaran tu akan lebih menjadi mudah dan mereka akan dapat mengajar generasi2 baru dengan lebih sempurna..practice makes perfection la kiranya..hehe..

kontranya bagi idea 11 tahun ni adalah tempoh itu terlalu lama untuk melihat hasilnya..PM juga akan bersilih ganti..parti pemerintah juga mungkin akan berubah..bila berubah, polisi juga berubah dan ada kemungkinan semua akan berkubur begitu sahaja…

walaubagaimanapun, di harap perkara ini dapat dperhalusi oleh para cendekiawan dan cendawan dan juga para karyawan termasuk pahlawan2 bahasa di seluruh negara..

jangan masing2 cuba berlagak jadik hero sudahlah..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: