sabah #4

setelah bermesra, melawat dan pulun bergambar di rumah anak yatim tersebut, kami pun keluar dari kawsan tambunan untuk pergi ke destinasi seterusnya..

actualy rumah anak yatim tambunan tidaklah semewah mana tetapi kebajikan mereka sangat terjamin..daripada briefing oleh pegawai penjaga rumah anak yatim itu, jelas menunjukkan bahawa mereka sangat bersederhana tetapi masih bahagia..quite sweet for me..

destinasi kami seterusnya adalah yayasan sabah..yayasan sabah sebelum ini merupakan bangunan pentadbiran negeri sabah tapi sekarang tidak lagi kerana pentadbiran negeri sabah telah berpindah ke bangunan lain..guider kami bercerita tentang pada masa pembinaannya, pihak amerika syarikat quite concern dengan struktur bangunan ini dan terkejut bahawa negara sekecil malaysia sudah mampu membina sebuah roket..harap negara je besar dan kaya tapi pemikiran gila pendek..takut dengan bayang2 sendiri..ntah apa apa amerika ni..

sebagai bangunan paling tinggi di sabah, maka selayaknya yayasan sabah mendapat ‘layanan’ yang baik..persekitaran yang bersih, bangunan yang memang terjaga serba serbi..di dalam yayasan sabah ni juga ada restoran berpusing yang serba mewah dan serba oren..

kisahnya restoran ini pada ketika itu tidak berpusing, tapi atas permintan kami, restoran tersebut dipusingkan..saya sangat teruja!

hakikatnya, restoran tersebut hanya ada kami sahaja..tidak pula dapat dilihat orang datang dan makan2 di situ..mungkin sejak pentadbiran ssabah dipindahkan, maka life di restoran juga semakin berkurangan..risau juga jika berterusan macam ni, restoran tersebut akan bungkus..hmm..

selesai lawatan kami yang serba teruja dan serba berpeluh kepanasan di sana, kami bergerak pula ke pantai tanjung aru sebagai penutup lawatan kami di kota kinabalu ni..sekitar pantai ini penuh dengan kedai makan dan juga restoran seafood yang kelihatan sangat menarik..walaubagaimanapun, guider kami tidak menyarankan untuk makan di situ kerana status halalnya diragui…yup, memang agak sukar untuk carik kedai makan di sini..oleh itu, kami semua berpakat untuk makan di kfc sahaja ketika di airport nanti..senang lagi segera dan halal pulak tu~

saya dan emak pulun bergambar barang sekeping dua di sana..kami juga dapat bergambar dengan orang2 sabah yang berpakaian tradisi mereka..agak menarik sebab at least ada juga gambar identiti sabah yang sebenar =D

selesai di tanjung aru, kami pun bergerak ke airport..berterima kasih sangat2 kat pemandu pelancong kami yang mesra dan sentiasa menemani kami ke mana sahaja..

tiba di airport, kami pun pack barang dan terus masuk ke balai berlepas..tapi nasib kami kurang bernasib baik kerana di dalam balai berlepas tidak ada pula kedai makan..kedai makan cuma ada sebelum masuk ke balai berlepas tu..sekali salah percaturan daa..

jadi ada lah antara kami yang beli biskut buat kunyah2..beli coklat buat gigit2..dan lebih banyak yang terpaku di kerusi pura2 kekenyangan..saya apatah lagi..dah tak keruan dan sebab agak lapar..

sebab lapar, saya pun masuk kedai souvenir dan beli satu patung ikan pari manta ray untuk letak di dalam neo saya..jadiklah, saguhati dari sabah..tapi lapar tetap lapar, huhu..

tepat jam 9 malam, panggilan untuk flight kami berkumandang dan berpusu pusu kami semua menaiki kapal terbang..oleh kerana malam, saya tak tahan lama..tahu2 je dah ada announcement yang kapal akan mendarat di senai..cis..

setibanya di senai, ayah saya pun mengambil kami dan saya masih lagi terbayang semua perjalanan kami di sabah tu..the most is, naik kapal terbang la yang buat saya betul2 gembira, hehe..

somehow, kami selamat pergi selamat kembali..kami juga tak terlibat dengan virus influenza a h1n1 tu..kami juga dapat beli beberapa souvenir dan mutiara yang terkenal di sabah..kami juga sangat enjoy di sana..sangat sangat enjoy =)

hope..satu hari nanti saya dapat kembali ke sini dan maybe satu hari nanti saya akan menawan gunung kinabalu pula..

tamat sudah kisah sabah..^^

Advertisements

4 responses to this post.

  1. tamat jugak akhirnya…hehe…

    tak sabar tunggu souvenir dr sbh!

    Balas

  2. Posted by wahyun on Jun 2, 2009 at 1:07 pm

    siannyer kelaparan.. x dapat di byanagkn.. yg plg best naik flight? jeles ni, x pnh naik flight..huhu..one day, i will.

    Balas

  3. Posted by jean on Jun 24, 2009 at 11:49 am

    yayasan sabah mmg unik dengan 30 tingkat, di saluti glass and colour yg blh bertukar ikut sky colour

    Balas

    • Posted by AzamHassan on Jun 24, 2009 at 8:42 pm

      jean : saya sgt teruja..yup..sangat unik =) banyak jugak gambar saya di sana..ada dalam frenster beberapa..hehe..

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: