sabah #3

esoknya saya lagi sekali saspen bila bangun pagi tu tengok cuaca dah cerah tapi jam baru pukul 7 sebenarnya..ada mtahari siap..panas lak tu..

selepas bersarapan di restoran hotel, kami berkemas untuk terus check out kerana plan pada hari ini adalah check out dan terus bergerak ke tambunan untuk melawat rumah anak yatim di sana..perjalanan ke sana akan memakan masa hampir 2 jam..actualy tidak lah jauh sangat tapi sebab melalui lereng2 gunung, so perjalanan agak belok2 la..

walaubagaimanapun, perjalanan sejauh tu tidak mudah bosan dengan adanya pemandu pelancong yang best masa tu..dari awal perjalanan, beliau bercerita tentang keadaan di sekitar apa yang dilihat..ada jugak la kadang kala out of topic lagi2 bila dia cerita tentang suasana tempat tinggal asal bintang2 akademi fantasia seperti marsha dan stacy..takde kaitan langsung dengan lawatan..dalam bas tu pulak dipenuhi rakan2 masjid..haa..layankan aje..

dalam perjalanan tu, kami diperkenalkan dengan perkampungan yang pada saya super terpencil dan diceritakan bahawa mereka merupakan orang pure bangsa dusun di sabah..jika dilihat, rumah2 mereka sangat simple dan kompem akan ada anjing..

bak kat pemandu pelancong kami,’jika kamu bunuh anaknya, tuan rumah akan marah..tapi jika kamu bunuh anjingnya, tuan rumah akan sangat sangat sangat marah..anjing nombor 1..anak nombor 2..’

saspen kan..? sebenarnya pada zaman dahulu kala, orang2 dusun lebih menghargai anjing daripada anak mereka sendiri kerana anjing yang dibela membantu mereka carik makan seperti memburu dan juga menjaga keselamatan keluarga..jadik no wonder la status anjing agak tinggi..

seperti yang ditanya oleh pemandu pelacong kepada kami, ‘kamu pernah dengar murut the headhunters..?’ siapa org murut tanpa ada tengkorak manusia bergantungan di rumahnya, keluarga tersebut akan dilabel sebagai pengecut..dan siapa ada banyak kepala yang bergantungan, keluarga pulak tersebut akan dipandang mulia kerana keberaniannya..tapi tidak lah dia jumpa sapa2 terus sebat kepala, orang yang carik pasal dengan dia je la..

beliau juga menceritakan tentang stail orang2 murut yang ingin berkahwin, akan berlawan dengan pesaing yang menginginkan anak gadis yg sama..dalam perlawanan tu sudah ada perjanjian, siapa yang kalah pasti akan dibunuh dan di potong kepalanya..

tapi kalau camtu, kurangla org murut di dunia ni kan..? jadi ada satu lagi syarat di mana jika orang tu tak mahu berlawan maka dia akan dikenakan satu syarat yang dipanggil ‘mas kahwin seumur hidup’..jika anda setuju dengan syarat ini, anda boleh kahwin dengan anak daranya tetapi segala harta anda, jika ayah mertua berkenan, dia boleh ambil sesuka hatinya..

contoh anda ada kereta toyota camry dan ayah mertua anda berkenan, jadi kereta tersebut terus jadik miliknya..dan perkara ini berterusan seumur hidup anda..ada sanggup kah..? tu baru toyota camry..kalau kita ada 3 4 bijik banglo..? hah mampus..

bagi orang dusun pula, dulu2 rumah mereka ada loteng di tingkat atas..anak dara yang cukup umur akan dikurung di loteng tersebut sebagai langkah keselamatan..setiap malam, tangga yang digunakan untuk naik ke atas akan diturunkan..maka terkurunglah anak dara tu kat atas..parents pula akan sentiasa memantau pergerakan anak gadis mereka..gila strict..

selain itu, kami juga diceritakan tentang mengapa bila sebut orang dusun pasti orang akan ingat dusun-kadazan..pada zaman dahulu jugak, orang dusun ni hanya tinggal di kampung kampung terpencil..sampai lah satu masa di mana penjajahan inggeris membawa anak2 muda dusun untuk belajar dan bersekolah malah ada yang bersekolah di luar negara pada masa tu..apabila mereka telah pulang ke sabah, mereka tidak balik kampung tapi menetap pula di bandar2 besar..selepas itulah, mereka yang sudah menjadi orang bandar, mencari satu indentiti dan menamakan kaum mereka sebagai kaum kadazan..ini untuk membezakan yang orang dusun tinggal di kampung tetapi mereka tinggal di bandar, jadik digelar orang kadazan..

jadi, orang kadazan adalah orang dusun yang keluar dari kampung kecil mereka dan menetap di bandar..dusun is a pure race but kadazan is not..tapi pada masa sekarang, keadaan jadik lebih global maka sudah sangat banyak kahwin campur..jadi tiada masalah sangat lah sekarang~

sedar tak sedar, kami telah masuk ke kawasan tambunan..actualy tambunan adalah sebuah lembah yang dikelilingi bukit bukau..majoriti penduduk adalah bukan islam..in fact, hanya ada satu sahaja perkampungan majoritinya islam di tambunan iaitu perkampungan babadon yang saya macam perasan ketika on de way ke rumah anak yatim tambunan ni..hmm..at least ada kan..

bas kami akhirnya parking di perkarangan rumah anak yatim tersebut dan disambut ceria oleh pegawai di sana..baguslah dah sampai..pinggang dah rasa hampir bengkok dah ni duduk dalam bas lama2…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: