sabah #2

dari lapangan terbang sabah, mata saya kuyu..kepala pun dah lalok sebab tak cukup rehat dan tidak bersarapan sebelum pergi..sejak duduk dalam bas untuk bergerak ke destinasi pertama kami, kepala memang agak berat..

tapi oleh kerana mengenangkan ini merupakan journey of a lifetime, saya gagahi jua~

destinasi pertama kami adalah ke masjid negeri sabah..masjid ini merupakan antara masjid termewah di sabah..saya katakan termewah adalah kerana kubah2 kecil disekeliling masjid ini bersalut dengan emas 18 karat..lampu chandelier masjidnya saja berharga Rm600,000 dan boleh memuatkan 6000 jemaah dalam satu2 masa..

wallaubagaimanapun, masjid ini bukan yang terbesar..kami difahamkan yang masjid terbesar di sabah adalah masjid tawau yang boleh memuatkan 18000 jemaah dalam satu2 masa..kepala saya dah terfikir padang bola sepak pasir gudang..gila besar..

selesai sarapan dalam 3 pinggan dihidangkan oleh ajk masjid, kami bergerak pula ke masjid bandaraya kota kinabalu..masjid ini antara masjid yang berjaya di kota kinabalu di mana banyak aktiviti yang dijalankan termasuk katering, jualan kurma, klinik, malah ada kedai gunting rambut siap..unfortunately, dengan hanya 35% warga islam di sabah, perjuangan mereka sangat terbatas..dengan kehadiran rombongan kami, pihak masjid tersebut ingin mengetahui bagaimana pihak jcorp menguruskan masjid dan badan2 kebajikan dengan penuh berjaya..at least, ini merupakan satu pertemuan yang bermakna..^^

selesai lawatan di sana, kami bergerak pula untuk melawat damai specialits hospital yang baru sahaja diambil alih oleh jcorp..lawatan ini adalah untuk melihat sejauh mana perkembangan hospital tersebut selepas pengambilalihan..

actualy, terkejut juga saya sebab mula2 bas masuk taman perumahan..then belok sana sini, ada pulak satu bangunan besar berjirankan rumah2 kediaman..kagum jugak di celah2 taman, ada satu hospital yang berjaya..dah la berjaya, ada misi yang cantik lak tu..miss eleanor richard namanya, haha..

dari sana, kami check in di hotel tabung haji yang sgt bajet..tak salah saya cuma RM60 semalam tapi agak selesa..ada astro siap dalam 3 4 canel..jadiklah buat geli2..kami dapat instruction untuk letak sahaja beg di bilik dan terus menaiki bas semula untuk shopping! yaa..acara yang di tunggu tunggu oleh para ahli rombongan, hehe..

shopping di kota kinablu adalah wajib bagi para pelawat macam kami pergi ke pasar yang dinamakan pasar filipina..di kawasan ini sangat ramai orang yang saya tak pasti apa warganegara mereka..suasana sangat sibuk..dengan orang jual2 di kiri kanan..barang2 yang dijual pula boleh dikatakan sangat murah dan sangat mudah nak kaw tim jika nak banding dengan jb..ada satu loket tu dari harga Rm50, boleh tawar sampai Rm20..apa cerita..?

saya tak membeli belah sangat sebab tak pandai, saya cuma membeli keychain saja..tapi saya tengok ahli2 rombongan lain sampai dah tak menang tangan..dasat giler ler..

kami juga diperkenalkan dengan kedai mutiara jamilah yang dikatakan sangat terkenal di kota kinabalu..mereka2 yang tak menang tangan di pasar filipina tadi, tiba je kedai mutiara ni, terus tangan tumbuh lagi 2 3 pasang..gila tak menang tangan..dasat..sangat dasat..mutiara yang dijual masa tu less 50%..saya sempat cedok 2 brooch dengan harga kurang RM50..yes!

kami berkeliaran sampai lapar di kawasan tersebut sampai lah keadana agak gelap..tapi baru saya sedar yang masa di sabah adalah lebih cepat berbanding di semenanjung, even dah gelap, tapi jam baru menunjukkan jam 7 petang..saya dan emak dan 2 orang bossnya memutuskan untuk makan di hotel sahaja..tapi para rombongan lain, sempat menikmati juadah di salah sebuah kedai seafood yang berhampiran..bunyik macam sedap kan =)

One response to this post.

  1. bestnya…wish dpt nek plane gk satu hari nnt… =)

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: