kasihan si neo..

dalam jam 3 petang lebih kurang, beberapa ketika lepas saya bergerak kuar dari kawasan sde, saya merasakan sesuatu yang tak kena dengan neo saya..stereng bergegar tidak normal dan kereta asyik nak merapat ke kiri..

beberapa ketika lepas tu pulak, kereta totally tak stabil dan saya pull out ke bus stop berhampiran..konfem tayar pancit, getus hati saya..

saya keluar dan tengok memang tayar out..tapi masalahnya dua bijik..dua2 belah kiri..ish, saya ada langgar landak ke tadi..?

satu tayar, lokasi depan kiri, dia koyak terus..memang takleh nak tampal ke apa ke..satu cara je yang paling sesuai, tukarlah tayar tu dengan sebijik tayar yang sama jenis dan sama saiz..dengan bantuan rakan, tayar tersebut dapat ditukar dengan jayanya di kedai tayar berhampiran..

cuma dengan membayar RM330 untuk sebijik tayar, membuatkan saya rasa nak sepak je muka tokey tu yang senyum2 dari tadi..cilaka lu..

satu lagi tayar kiri belakang saya ingat pancit tapi bila tokey tu cek, takde pun pancit dia cakap..bila direndam dalam air, serta merta ada bubble keluar..tapi bukan dari tayar..dari rim tayar tu!

dua cara nak selesai, satu beli rim baru dan kedua welding balik rim yang bocor tu..sure la saya amik option yang kedua..hilang akal apa nak tukar rim..kalau rim lenso samurai tu harga RM500, saya angkat terus tadi~

akibatnya, saya pulang ke rumah dengan tayar spare tokey tu sebab welding balik rim agak memakan masa..

“nanti bila sudah siap aa..i kasi call sama u..”
“kasi..kasi..skali aku kasi kan kau baru tau..”

tapi tu cakap dalam hati je la..hehe..

sampai sekarang saya agak tertanya tanya apa sebenar yang berlaku kat tayar neo saya tu..sebijik ok..dua bijik..? kebetulankah..? ntahla..

tapi tidak mengapalah..maybe salah saya sebab tak maintain tayar dengan baik agaknya..tak pun dia pecah dulu sebelum pecah yang membawa kesan lebih buruk pada masa akan datang..

tapi..tensen gak..abis rancangan saya untuk membeli belah bulan ni..cis..

dalam tensen2 tu, saya ke kedai aksesori dan membeli sepasang wiper silikon dengan harga RM50 sebagai simbol balas dendam..

puas hati!

Advertisements

6 responses to this post.

  1. Posted by CroMer on April 26, 2009 at 12:17 am

    haha..RM330 sebijik tayar?pergh brand ape sampai mahai tu..

    Balas

    • Posted by AzamHassan on April 26, 2009 at 4:25 pm

      cromer : brand continental..mahal sebab rim 16 agknya..tpi ntahla..trasa mcm ditipu pula, huhu..

      Balas

  2. um…klau sy, dlm tensen2 cmtu confem cari sehelai dua baju takpun handbag takpun kasut takpun gelang ke,takpun tudung pn ok gk..arrghh…apa nk beli ni! sudahnya abis round shopping mall tak beli apa2..haha. puas hati gk! =D

    Balas

  3. Posted by AzamHassan on April 26, 2009 at 4:28 pm

    amanda : haha..saya pn nak cuba jugak la mcm tu..tap konfem jalan2 camtu ..pastu penat pastu abis duit kat makanan je..puas hati gak la kot~

    Balas

  4. huhu…ape kaitan wiper ngan tayar tu???sepatutnye awak beli tayar besi….hihi

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: