cerita emak..

biasalah..kanak2 mesti menyusu dari ibu kan..tapi lepas kita dah besar sikit, susuan akan berubah ke botol susu..sure semua orang pernah menghisap susu botol kan..pelbagai jenama gak..nan la, dumex la, apa apa lagi la..rasa nak lempang pengurus kilang tu satu2..banyak sangat variasi..

tapi ingat tak kita macamana kita boleh berhenti daripada menghisap susu..?

sebab ada sebahagian orang menyusu sampai dah naik sekolah rendah..pulun menyusu dan bawak botol susu ke sekolah..dulu masa sekolah rendah, ada kawan saya macam tu..dia nak menyusu, dia pergi tandas sambil bawak beg kecik..dalam beg tu botol susu..kami tahu sebab kami pergi mengendap, hehe..

satu hari tu..tiba2 emak open cerita tentang macamana anak2 dia putus minum susu botol ni..

emak mula cerita dengan abang..abang masa kecik2 memang pulun menyusu..abis satu botol, sebat lagi satu botol..kadang2 sampai 3 4 round..ilang akal apa akan beliau..besar pun tak jugak..masa tu pun emak dan abah masih lagi di awal2 kerja..di mana setiap ringgit tu sangat bernilai..

dan sampai la satu masa bila parents saya anggap beliau dah cukup besar untuk hisap susu botol..lagipun masa tu saya dah lahir..berlawan kami minum susu..masing2 sehari sure berbotol botol..selamat parents saya agak penyabar..kalau tak sure botol tu di hayun ke kepala kami..

satu hari tu, parents saya pun capai seekor lipas dan masukkan dalam botol susu abang..goncang sikit2 lepas tu bagi abang saya…abang saya pun capai..

tak sempat sua kat mulut, dia dah nampak dah ada haiwan dalam tu..apa lagi, meraung kaw kaw la dia dan terus mencampak botol tu ke dapur..terus lepas tu abang dah tak menyusu..with immediate effect, hehe..

tapi kesan sampingan dia, abang kurang suka minum susu kotak..memang dia tak suka..kalau warna lain boleh la tapi warna susu, sori la beb..abang jugak sangat benci lipas..kalau ada lipas terbang2 kat rumah hasil bawaan kucing saya, dia lah yang akan pertama sekali capai ridscect..lepas tu,belum sempat saya kelip mata, dia dah mula menyembur kat lipas tu..selagi tak mati, selagi tu dia akan menyembur sampai lah kawan tu keras..dasyat dasyat..

emak cakap, untuk saya pula..agak mudah untuk putus menyusu botol..satu hari tu emak cakap dengan saya..

“dah habis menyusu tu, buang botol kat tong sampah..” kata emak..
“buang dalam tong sampah..?” tanya saya..
“aah..buang dalam tong sampah..” balas emak..

saya pun betul2 lepas menyusu tu, terus berjalan ke tong sampah, terus buang ke dalam tong..

malam tu saya cakap yang saya nak minum susu..mak cakap,

“eh..tadi kan dah buang dalam tong..mana ada lagi..”
“dah takde..?”
“aah..dah takde..”

lepas tu saya terus tidur dan lepas2 tu terus tak tanya lagi pasal susu..

lurus jugak saya ni masa kecik2 ek..kalau la masa tu ada orang suruh saya main bola, sure saya sekarang dah jadik cecs fabregas..

adik saya pulak..emak terus tukar susu dalam botol dia dengan air milo..lagi senang..tak pernah tanya apa2 pun..terus je minum..terus tak minum susu botol lepas2 tu..

kesimpulannya..agak pelbagai cara untuk bagi budak kecik berhenti hisap susu botol..tapi cara emak saya yang masukkan lipas dalam btol susu tu agak menarik la, hehe..

tapi lagi senang kalau dapat anak lurus macam saya or adik saya..tak perlu nak cakap banyak~

tertanya gak nanti kalau saya dah berkeluarga dan mengalami masalah yang sama macam ni..macam mana nak selesaikan ye..

adakah saya akan lempang mereka supaya berhenti menyusu..? adakah saya akan masukkan cicak dalam botol pulak..? haa..tunggu dan lihat la..lama lagi tu..^^

Advertisements

2 responses to this post.

  1. selekeh…gnas tu letak lipas..seb bek nmpk..klau tak..enak2 aja minum..hehehe

    tak pyah pk..pndai leh wife tu pk.. =P

    Balas

  2. Posted by mashimaro0o on April 8, 2009 at 10:01 pm

    wakakakaka..xtreme gle pendekatan mak..kal0 la minum gak, k0mpem jd lipasman~hahaha….

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: