Posted by: AzamHassan | November 1, 2009

bola sepak..

semalam merupakan perlawanan liga perdana inggeris antara arsenal dan tottenham hotpurs..sudah tentu saya akan layan arsenal..apa barang man utd..apa barang chelsea..apa barang liverpool..

manchester city..? pergi jahanam..sebab mereka ada emanuel adebayor..

tak layan bola..? tak faham..? then mungkin anda hilang salah satu nikmat dunia yang terbaik pada zaman ini~

tapi semalam saya memang betul2 nak tengok perlawanan arsenal tu..abah pulak pulun nak tengok badminton dia sebab dia nak tengok encik iskandar yang dijangka akan menggantikan datuk lee chong wei pada masa akan datang..saya tengok kejap pun saya rasa beliau ada potensi..keep it up malaysia..! sebab ayah saya berkeras nak tengok badminton, maka saya pun melembutkan diri keluar dan pergi berjalan ke kedai mamak berhampiran di belakang rumah..

on de way ke kedai mamak yang cuma beberapa langkah pun saya boleh nampak warga2 asing bangladesh, indonesia, vietnam, filipina yang melepak lepak di kaki lima..berborak..saya simpulkan ada dua group..satu group baik, borak2 kosong..biasa2 aje dan kadang2 kalau selisih dengan saya, ada antara mereka yang senyum2 jugak..satu group lagi saya rasa macam nak sebat kepala sorang2..jenis yang minum arak, meludah sana sini..buat2 gangster..cakap jerit2..dan mereka semua agak berkeliaran di sana sini..

haissh..kalaulah negara kita ada bagi kebenaran kat warga tempatan bawak pistol dan tembak mana2 warga asing yang kita tak suka kan best..

ok2..berbalik kita..masa berjalan tu juga saya mula terfikir..dahsyat juga penangan bola sepak england ni sampaikan saya sanggup berjalan ke kedai mamak untuk menonton perlawanan mereka..ketika di kampus dulu, saya masih ingat saya dengan rakan bernama firdaus menonton liga perdana inggeris ni bermula lepas maghrib 7.45 petang sampailah jam 3.00 pagi..straight berbekalkan beberapa gelas air teh setiap jam..sangat pulun..

tapi..kenapa saya tidak ada feel nak tengok liga perdana malaysia..??

permainan tak menarik dan tidak bermutu..?
tak juga..sebab liga perdana england pun, sehebat hebat pasukan ada juga main tak semenggah..amri yahyah seorang kapten pun tendang bola macam tiang gol duduk kat awan sama macam wayne rooney daripada manchester united..apa bezanya..??

pemain2 kita poyo..?
bila dah gelecek bola macam dia je la manusia paling hebat di dunia..hairuddin omar depan2 gol even ada 3 4 orang team mate dia boleh pass dan peluang lebih cerah untuk gol masih lagi nak gelecek dan cuba score sendiri..sama je macam player bernama ryan babel dr liverpool..so apa bezanya lagi…??

padang tak berkualiti..?
apa kaitan..? stadium wembley pun padang dia tak la sehebat mana..

penonton tak bersemangat dan tak berdisiplin..?
tak relevan..liga perdana england lagi tak berdisiplin..if main kat kelab2 kecik pun, pasukan kecik tu penonton dia tak ramai juga..apa bezanya..??

saya simpulkan liga perdana malaysia kurang mendapat sambutan adalah sebab kita tak kenal para pemain kita sendiri..even liga perdana itali dan liga perdana german pun saya tak layan sebab saya tak kenal pemain even permainan mereka cantik..

bila kadang2 saya tengok liga perdana malaysia, kat jersi tidak ada pula tulis nama mereka..just kosong dan kalau ada pun cuma nama penaja di jersi belakang tu..miskin sangat ke kelab2 di malaysia sampai nak tulis nama di baju pun takde duit..?? penaja pulak poyo gila..kalau boleh kat benag2 stokin pun nak bagitau mereka yang taja agaknya..why not wajibkan penaja tulis nama kat jersi..?

bila dah tak kenal..nak tengok pun tak menarik..if kenal pun, kita tahu ke potensi dia hebat ke tak..? is that a way yang boleh kenalkan para pemain dan potensi mereka supaya kita bila tengok player pun dapat rasa, “ish..mamat ni main ke..? kalah la camni..” or dapat rasa, “pehh..mamat ni turun arini..cantek la..goyang la defend dia harini..laju ni..”

hmm..saya harap satu hari nanti saya dapat tengok muka pemain johor fc..dan saya terus kenal dia dari mana, posisi apa, apa kehebatan dia, cara dia main dan semua sekali tentang pemain tu macam mana saya kenal setiap pemain dari arsenal sekarang..

eh..dah sampai mamak dah rupanya..machaa..tek tarik unek! sambil tarik kerusi dan duduk 2 meter dari tv gergasi 52 inci..sakit mata pun sakit la janji puas..

Posted by: AzamHassan | Oktober 28, 2009

eksesais pengkalan hulu..

occurs on my final annual camp of palapes..

actualy, as a senior..eksesais kami adalah untuk mempertahankan pengkalan kami di sebuah bukit, berundur dan membuat serangan balas ke atas pihak musuh yang berjaya menawan bukit kami..

kami aware dengan situasi tu sampaikan masa mula2 kami menempatkan anggota di sekeliling bukit, mental kami dah down juga sikit sebab kami akan kerja sangat keras dalam tempoh seminggu dua ini..masa tu m16 dah jadik tongkat ketika memanjat..memang dah lemah sangat rasa..

we realize masa mula2 masuk pengkalan di bukit..kami tengok ada sebuah kolam tinggal berhampiran bukit tu..saspen juga sebab jangan tiba2 jurulatih main gila suruh kami berendam pulak tengah2 malam nanti..ada yg gigit m16 nanti kerana terlalu tertekan..

di tepi2 kolam tu saya tengok memang ada 3 4 orang manusia yang bnerpakaian biasa2 sahaja sedang memancing..entah ada entah tak ikan kat situ..lagipun kat tengah2 ladang tu..macam mana boleh ada orang pulak sedangkan takde pulak saya perasan motor or kereta di tepi2 jalan..

kami teruskan perjalanan dan tempatkan diri di tempat2 strategik di mana kami boleh tengok sekeliling bukit tu..dari atas ni juga boleh lihat kolam tadi..ada jugak kisah2 hantu kolam main2 di kepala saya..ada juga kisah2 panggilan misteri memanggil nama dari kolam tu..tapi sebab masa tu kami pakai pakaian askar, so no sweat la jugak..kalau tidak..hmm..entahla..

yup..pakaian askar especialy loreng will give u another spirit of fighting..another spirit of to be stand alone and to be focused on ur job more rather than outsider issue..macam hantu tu jugak la..tapi..saya bukan askar sejati..kadang2 rasa goyang juga..

di pengkalan hulu ni juga buat pertama kali saya dalam keadaan berjaga jaga daripada langit cerah..sampailah tukar jadik mega merah..tukar jadik gelap..sampailah keluar semua bintang2..saya rasa saya statik di satu tempat tu mula lepas asar sampailah jam tunjuk pukul 9 malam lebih kurang..still..if u r in askar suit..u r stronger than ever..so tak mengeluh =)

next day..bangun pagi..semuanya berembun..dengan saya2 pun berembun..punyalah bersatu dengan alam masa tu..saya tengok suasana kat kolam tu sangat cantik dan masih ada orang memancing..gila apa memancing pagi2..ada ke ikan pergi sarapan..?

what different for today yang saya perasan adalah our jurulatih kerap meeting..mereka memang tak perlu jenguk kami sangat sebab kami sibuk korek tanah untuk buat kubu..macamana anda tengok kubu yang dikorek dalam cerita2 perang, macam tu la yang jurulatih nak..tapi ye la kan..kami dapat korek sampai pinggang je..gila letih beb, huhu..

on that night..jurulatih panggil kami semua berkumpul di satu tempat..masa ni jurulatih open cerita pasal satu perkara yang buat kami sangat terkejut dan sangat takut compare dengan apa yang kami dah lalui sepanjang jadik warga palapes ni..

via jurulatih punya intel dan juga instict mereka sebagai seorang askar super tulen, mereka dapat simpulkan yang group orang memancing tu tidak dapat dipercayai..dan jurulatih khuatir yang mereka sebenarnya mempunyai niat jahat sama ada untuk merampas semua senjata2 m16, carl gustav (rocket launcher), mortar, m203 (enhanced m16),light machine gun, dan juga beberapa kelengkapan sebenar yang kami bawa dan guna sepanjang latihan..seriously, kami agak takut masa tu..lepas tu mula la seorang2 perasan yang mereka memang memancing dari 1st day kami nampak sampailah hari ini..ada juga kawan2 saya kata mereka nampak orang2 ni still memancing waktu malam..tak pasti benar ke tak cerita tu..

malam tu, setiap jurulatih bersedia dengan satu magazine peluru hidup..just in case if anything happen..mereka semua juga ada pisau benet dan salah seorang jurulatih ada pistol browning..ready for anything bad..semua senjata kami dikumpulkan di satu tempat dan malam tu kami tidur mengelilingi senjata yang dah disusun kat tengah..setiap satu jam ada sentry yang akan gilir2 bangun untuk berjaga2..

masa tu ada yang tak tidur sebab memang rasa tak sedap hati..pengkalan hulu sangat dekat dengan sempadan..sempadan thailand dipisahkan dengan hanya sebuah bukit if saya tak salah..dan selatan thailand merupakan satu tempat yang berkemungkinan besar terdapat pemberontak yang melihat kami sebagai satu peluang untuk mendapatkan senjata segera..actualy jurulatih just take all precaution je tapi kami yang fikir macam2..ye la kan..kami tak kahwin lagi, huhu..malam tu berlalu dengan penuh stress..

next day..saya tak pasti apa yang jurulatih dah bincangkan dan apa tindakan yang mereka dah ambil tetapi mereka kata keadaan terkawal dan tidak ada masalah lagi..cuma para jurulatih masih lagi pegang satu magazine peluru hidup dan benet di pinggang untuk keselamatan kami semua..

masa tu kami semua sangat lega dan apa yang penting kami boleh percaya jurulatih kami 100% sebab memang mereka askar terlatih..it was so relieve tp dalam kelegaan tu, kami masih tetap kena lanyak..kena forward roll..sit up..front support..comando rest..semua la kami tetap kena macam biasa..

at least..kami rasa kami semua selamat daripada masalah orang tak bertanggungjawab even kami memang tak pernah selamat di tangan jurulatih..asyik kena belasah je =P

p/s:thanks to all jurulatih palapes usm sesi 2004-2008 yang setia melayan karenah kami semua sepanjang latihan..we salute u!

Posted by: AzamHassan | Oktober 27, 2009

back from redang!!

hari ini hari selasa..my 1st working day after luxury weekend that i’ve been through at pulau redang..^^

perjalanan ke terengganu sangat meletihkan..dgn naik bas 4 seated..lepas tu bergoyang sana sini..buat saya tak senang duduk..dah duduk pelbagai cara dah nak selesakan diri..gantung macam kelawar je belum..

tiba je di jeti, kena duduk lagi selama hampir 2 jam dalam feri untuk ke pulau redang..selama ni saya sentiasa ingat pulau redang ni macam pulau sibu..sebuah pulau yang hanya ada resort tetapi rupanya pulau redang lebih besar dan ada kampung sekolah bagai..as the same as pulau pangkor..malu juga rasa sebab tak buat kajian dulu sebelum datang..ingat nak berhibur je..

tujuan saya ke pulau redang adalah menyertai aktiviti Redang Island Clean-up Day (RICD) yang dianjurkan setiap tahun di tempat2 yang berlainan..actualy event ni untuk para diver kerana mereka akan membersihkan coral2 yang dicemari dengan landak laut dan juga sampah sarap yang mungkin ada..tapi kami pergi sebagai group non-diver yang tak perlu menyelam..just bersihkan pantai sahaja..

eheh..tapi tak pulak saya jumpa sampah sarap yang besar2 kat pantai tu..nak kena selak2 pasir bagai baru la jumpa secebis dua kaca dan puntung rokok..seriously..pantai2 di sana sangat bersih dan sangat cantik~

my leisure time comes when we are going to snorkeling at 3 different places..memang pakej dia macam tu..snorkeling di tiga tempat..the beach was so nice..air di sangat jernih..ikan2 dia semua sangat jinak..saya dapat tengok ikan clownfish (nemo) at its real habitat..saya juga buat pertama kali encounter ikan sebesar lengan berenang depan mata saya..gila scary..sebab dia warna biru ada belang2 oren..ekor pulak macam ekor wau..dan beliau agak gemuk..saya dah terbayang dia bukak mulut luas2 dan telan kepala saya..pergh..tak ke nanti orang panggil azam kepala ikan..??

next coral juga saya dapat tengok koleksi ikan bilis yang sangat ramai..berenang sana sini agak senada..suka2~~ sebab bila saya lalu, semua mengelak berpecah then kembali jadik satu group semula lepas tu..saya juga sempat curik roti daripada sarapan khas untuk bagi makan ikan2 ni..saya genggam dalam tangan dan bagi mereka semua makan dari tangan saya..wahahahaha..best2..sakit juga bila diorang gigit jari tapi seronok..cuma bila saya dah nampak ikan2 bsar datang, saya cepat2 lepaskan tangan..takut nanti ada mereka salah gigit..dah kena panggil azam si kepala dan tangan ikan pulak..tak ke aneh tu..

overall , percutian di pulau redang sangat menarik..lupakan pulau2 di luar negara sebab saya takde duit nak kesana..hihi..actualy lupakan pulau2 di luar negara sebab saya rasa negara kita sangat setanding dengan semua di luar sana..coral yang cantik..ikan2 yang best..dan juga yang penting ada badan sukarela yang sentiasa menjaga kebersihan dan kecantikan pantai2 macam ni..

but..i still want to go to langkawi for my personal trip..pulau redang will be 2nd coz saya nak bawak kekasih (masa tu isteri) pergi tengok2 ikan yang saya tengok minggu lepas..

wish..semua haiwan2 tu masih sihat dan cantik seperti sekarang..

cuti..cuti..malaysiaaaaaaaaaa..^^

Posted by: AzamHassan | Oktober 21, 2009

pulau redang..

esok saya akan ke pulau redang..!!

excited..hope semuanya berjalan lancar..

c u all after sunday ye..^^

**updated**

my dear dyana selama ni ingat saya pergi Ledang..coz Redang (Pulau Redang) n Ledang (Gunung Ledang) tu hampir sama bunyiknya..saya rasa masa attend wedding kwn tu ari dah bagitau..maknanya dah seminggu beliau salah kefahaman tentang ke mana saya akan pergi..

kasihan kan..tapi saya tetap sayang dia..^^

Posted by: AzamHassan | Oktober 19, 2009

tamat syawal..

wah…
dah abis raya rupanya..!!

eh..
deepavali pun dah habis gak..!!

haha..abis dah bulan perayaan bagi muslim dan hari perayaan bagi masyarakat india..sekarang tunggu raya cina dan krismas je..tidaklah saya enjoy raya mereka sampai kena pakai cheongsam kulu kilir or menyamar jadik santa claus..just nak enjoy cuti je..meriahnya malaysia..hehe..

oh ye..next year, kita ada lagi satu cuti umum, cuti hari malaysia pada 16 september..yeah..selepas sekian lama, kerajaan menghargai juga rakyat sabah dan sarawak yang sama2 memberi kemajuan kepada malaysia..bagus2..

saya pulak menyambut penutup hari perayaan ni dengan bercinta pada hari sabtu lepas..kami pergi ke bangi untuk menghadiri wedding rakan..pagi2 sabtu saya dah gerak dari jb, singgah batu pahat amik kekasih, pastu terus ke bangi..di bangi, makan..borak..then balik terus singgah batu pahat..pulangkan beliau ke pangkuan keluarga dan saya sambung perjalanan ke jb..kesian neo saya bekerja keras hari tu..saya hadiahkan neo saya dengan minyak ron95 petronas full tank..tentu dia suka~

hari ahad pulak ada hari penting..mula2 saya nak rehatkan neo saya tapi abah bagi alasan macam2 yang gen2 dia takleh gerak hari itu..jadi, bergeraklah neo semula hari ahad untuk ke melaka pula..

di melaka..something big happen..kami sebenarnya pergi merisik untuk abang saya..alhamdulillah segalanya berjalan lancar..atas kertas, abang saya akan bernikah pada tahun hadapan pada bulan 11..hihi..

dari melaka, kami anak beranak singgah pula di muar untuk beraya di rumah sedara saya..beraya sampai jam 8 malam then pulanglah kami semua ke jb semula..mata memang dah berat dah..tapi mengenangkan saya bawak abah dan emak dalam neo, saya gagahkan juga..tiba jb ngam2 pukul 11 terus capai remote, terus tengok bola..

jadi penuhlah kegiatan hujung minggu saya di hujung syawal ni..cuma hari ni agak lemau sebab mula bekerja..tak berapa produktif jugak la saya hari ni..selamat tak kantoi tidur dengan boss..

lepas tengok kawan2 kahwin n tunang..ramai juga tanya..saya bila pulak..?? eheh..saya nak bercinta dengan kerja je..boleh tak..kerja sampai lebam =D

lastly..congratz to my dear fauzani for her engagement last saturday..hope u’ll live happily ever after and i promise i will come to ur wedding k..hehe..

till next issue..daa~

Posted by: AzamHassan | Oktober 15, 2009

layout..

i’ve change my layout..

tribute to my dear dyana for this new look..appreciate it much..

p/s : mintak tlg org buat sbb diri sndri tak pandai buat..ngengada x..?

thanks ayang..^^

« Kiriman-Kiriman Berikutnya - Kiriman-Kiriman Sebelumnya »

kategori