lesen memandu kereta automatik

there’s still no further discussion about pengharaman poco poco..i wonder why..

oh..everybody is busy with Sarawak now..hehehe..

ada beberapa perkara yang menarik minat saya untuk mengulas..tapi kebiasaannya, idea datang ketika memandu atau berjalan atau sedang membeli belah..in the end, saya akan lupa apa yang patut saya catakan kat sini..sungguh gila pathetic..sungguh amatur..i should increase my awareness better in this blogging world..kena jalan2 bawak pen dan kertas la kot lepas ni :P

recently, saya membaca tentang kerajaan akan membenarkan penggunaan kereta automatik untuk mengambil lesen memandu..jika guna kereta automatik, lesen juga sudah tentulah cuma untuk memandu kereta automatik sahaja..adakah langkah ini merupakan satu langkah yang bijak..? atau tidak?

pertama sekali..apa itu lesen..? simple said, kebenaran lah kan..dan pada kebiasaannya, adakah kebenaran itu mudah didapati..saya rasa tidak melainkan kebenaran untuk ke tandas di sekolah sekolah rendah..kalau susah nak bagi, mau meleleh air mata dan air lain para pelajar tersebut di dalam kelas..

sebab untuk kerajaan membenarkan lesen memandu kereta automatik ini adalah untuk memudahkan rakyat jelata memandu kereta tanpa disaman di samping memudahkan rakyat yang gagal berkali kali untuk akhirnya berjaya memiliki lesen..oh yeah!

saya kurang pasti langkah yang diperkenalkan kerajaan, sejajarkah dengan prinsip keselamatan jalan raya di malaysia..? dalam pada kita mahu mengurangkan kadar kecelakaan jalan raya yang kian bertambah, kita memudahkan lagi sistem pemilikan lesen memandu di malaysia..

tapi dalam masa sama, kerajaan juga berjanji untuk meng-overhaul sistem kurikulum pemanduan di malaysia supaya lebih terurus dan mengikut kehendak semasa..

jika motor ada lesen B dan B2..saya jangka kereta pula akan ada lesen D dan D2..

oleh itu..jika mereka yang memiliki lesen B2, limited untuk menunggang cuma sehingga 250cc..maka mereka yang memiliki lesen kereta automatik atau D2, cuma boleh memandu kereta 2500cc atau 2000cc atau mungkin 1800cc kebawah..is it possible..?

tujuan utama pengeluaran lesen kereta automatik adalah untuk memudahkan mereka yang memang sangat perlukan kereta untuk bergerak kemana mana..jadi jika dbenarkan lesen D2, mengapa mereka harus memiliki toyota camry atau honda accord 2.4..? atau..cuma memiliki lesen D2, tapi bawak BMW 7 series tuned M7..oh damn..

saya kurang pasti jika memudahkan pengambilan lesen kereta akan menjadikan pemandu kereta lebih bertanggungjawab..tak nampak kesannya..semakin ramai orang menggunakan kereta di atas jalan raya, semakin ramai kadar kemalangan akan berlaku..setidak tidaknya apabila ada kekangan memiliki lesen, mereka akan rasa sedikit takut untuk memandu..

saya harap kebenaran ini akan dikaji sedalam dalamnya oleh pihak kerajaan..lebih baik jika pihak kerajaan memikirkan masalah pengangkutan awam yang sepatutnya lebih sempurna berbanding dengan kadar pertumbuhan negara kita..

3 responses to this post.

  1. Posted by miawmiaw on Jun 21, 2011 at 1:26 pm

    bagi sy ok la ada lesen memandu auto lepas ni. bagus untuk warga emas dan wanita untuk memandu.kalau xsuka xpayah ambil..

    Balas

    • Posted by AzamHassan on Jun 21, 2011 at 5:09 pm

      hihi..memang ok..sangat2 ok..sebab sangat memudahkan..tapi silibus kena ubahsuai ah..tak boleh senang2 bagi orang lesen =)

      Balas

  2. Posted by benzourry on November 28, 2011 at 3:43 pm

    kat sk, ada dua kelas je utk lesen memandu.
    kelas 1 dan kelas 2.
    kelas 1 utk kereta, of course automatic, sbb kat situ hampir sume kete auto.
    kelas 2 utk kereta + lori, manual.. time blaja n test pakai lori.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: