video klip yg unik dan kreatif~
congratz to all of u for managing this product..bila nak mengarahkan video klip siti nurhaliza pulak..? hehe..
video klip yg unik dan kreatif~
congratz to all of u for managing this product..bila nak mengarahkan video klip siti nurhaliza pulak..? hehe..
Dikirim dalam Tidak dikategorikan
A suka dengan D sejak sekolah menengah..A akhirnya berjaya bercinta dengan D lepas SPM dimana percintaan hanya melalui telefon sahaja..A kemudian masuk matrikulasi dan D meneruskan pengajian di universiti swasta..
berpisah buat kali pertama memang banyak dugaan..banyak sangat perkara berlaku..keadaan masa tu memang terumbang ambing..A masa tu pulak memang tak faham sangat erti cinta lalu membiarkan D seperti tergantung tak bertali..dalam keadaan tak menentu tu, datang pula M ke universiti di mana D belajar..
M sebenarnya kawan kelas A dan sangat rapat dengan A..oleh kerana percaya dengan M, A sangat suka apabila M ada dengan D kerana mereka bertiga memang berkawan..apabila A datang jumpa D di universitinya, M juga akan ada..M juga sangat baik dengan D..
A pernah cakap satu ayat, “M, tolong tengok2 kan D k..”
namun..kepercayaan A terhadap M dipecahkan oleh M sendiri..dalam diam, M menaruh hati terhadap D dan cuba merampas D daripada A..apabila D ada masalah dengan A, diceritakan dengan M lantas M eksploit kelemahan A masa itu dengan cuba mendapatkan hati D..
D rasa sangat selesa dengan M..M is everything compared to A on that time..
A dapat tahu semua perkara ini dan berasa sangat kecewa kerana harapkan pagar, pagar makan padi..D pula serba salah mahu memilih mana..M gives her everything while A still in his world..
akhirnya..D memilih A instead of everything yang M dah buat kat D..one sentence yang membuatkan D tak boleh terima M adalah, “if u dengan dengan i, i nak u tinggalkan A completely n jangan kontek dia lagi..jangan berkawan dengan dia lagi..”
at that time..D knows that everthing that she do, she will do it for A..M is good on all kind but D knows, her love to A will remains the same even M ask her to leave A..
and A knows that he loves D so much..A also realize that this issue gives them more time to know each other..to show his love more to D..
for M, A is dropping him completely in his world..from a good friend, that can be trusted, that can be rely on to a foe that will never appear again in A’s life..
now..D and A is working in different company..distance love? yeah..still..but their relationship is getting better and better
=)
Dikirim dalam Tidak dikategorikan
oh yeah..negeri sembilan menang..!!
tahniah untuk kontingen negeri sembilan daripada jurulatih, para pemain, pemain simpanan, pegawai2, pembancuh air, makcik dobi, makcik cleaner, pakcik kantin, medic, pemandu bas dan semua2 sekali yang mengaku dirinya sebahagian daripada kontingen negeri sembilan yang hebat..well played football both defensive and attacking..tahniah..!!
untuk kontingen kelantan, tidak mengapalah..ada masa ada peluang cuba lagi..maybe permainan kalian juga bagus tetapi tidak sebagus negeri sembilan yang memang menguasai bola dari awal perlawanan..cubalah tengok video perlawanan tu balik dan buat sikit analisis..agak2 ada orang macam nak tak nak je main, buangkan aje..agak2 ada orang yang main tak seberapa tapi mulut bising lebih marah2 pengadil padahal sendiri yang tak semenggah, so buangkan jugak, haha..
untuk sebahagian kecik penyokong kelantan yang jelas kelihatan dalam televisyen membaling mercun, baling botol, jerit2 budget bagus, anda semua boleh pergi jahanam..pada saya tidak ada apa yang perlu dimarahkan bila pemain negeri sembilan tu jaringkan gol..bukan dia jaringkan pakai tangan pun..bukan dia tendang player kelantan pun..bukan pemain negeri sembilan tu mulut bising2 sangat..jadi, apa yang penonton nak marah sangat..??
yang koyakkan banner negeri kalian sendiri pulak, tolonglah..kan ke ada nama kelantan tu..masa mula2 sokong macam takde team lain sehebat kelantan tapi bila dah kalah mula marah pemain tu semula..relaks lah..bola tu bulat..bagi yang bakar kerusi stadium dan juga baling botol kat brader2 bomba yang cuba nak padamkan api tersebut, kalian semua patut malu dengan diri sendiri..datang jauh2 nak tunjuk semangat kesukanan konon2..tapi perangai macam haram jadah..apa benda yang nak dimarahkan sangat entah..
not all penyokong kelantan yang macam tu..tapi oleh kerana sebahagian ni lah satu team tu terpalit sekali..kalau kena denda pun, persatuan bola sepak kelantan jugak yang kena tanggung..
memang..kita memang susah nak maju if ramai lagi orang2 low-minded yang macam ni..fighting for nothing dan cuma JAGUH KAMPUNG..berani bersorak sebab ramai..kalau sorang2, semua duduk dalam cengkerang..
Dikirim dalam Tidak dikategorikan
typing error..? tidak lah..kalau KELANTAN disebut dengan Negeri di depannya, jadi mengapa nak sebut NEGERI SEMBILAN tanpa ‘Negeri’ di depannya pulak..? bukannya negeri tersebut bernama SEMBILAN sahaja..haa..pening tak..^^
whatever it is..i’m eager to watch this match..
1.sebab dia final..
2.sebab saya sangat teringin nak tengok stadium di malaysia yang penuh dengan macam2 jenis umat
3.teringin nak tengok gol2 yang cantik yang mungkin akan dijaringkan pemain malaysia sendiri..malaysia boleh..
4.sebab malam ni arsenal tak main..arsenal main hari ahad..if ada arsenal main, tak pasti juga saya akan tengok yang mana..hehe..
jadi rakan2..kelantan atau negeri sembilan..?? saya mula2 macam nak sokong kelantan sebab ada beberapa star player malaysia even kalau mereka tiba2 datang rumah saya beraya pun saya tak pasti mereka star..tak kenal sangat, huhu..
jadi untuk lebih adil, saya akan menyokong negeri sembilan kerana jurulatihnya pernah menjadi jurulatih johor satu ketika dulu..lagipun masa parents saya kahwin, encik wan jamak wan hassan ni datang wedding parents saya masa itu..
mungkin sebab tu saya dilahirkan dan bermain bola persis francesc fabegas..berkat kehadiran jurulatih oldskool =D
jadi..bersemangatlah Negeri Sembilan..!!
p/s : if Negeri Sembilan leading 1-0, ada kemungkinan saya akan sokong Kelantan pula..hihi..sungguh tidak tetap pendirian..
Dikirim dalam Tidak dikategorikan
malaysia sangat baik hati dengan pelancong..
rakan2 kita dari singapura yang datang ke malaysia regularly pun dikira sebagai pelancong dan dilayan dengan hati yang sangat terbuka..even mereka sentiasa guna lebuh raya kita dan suka high beam kereta di depan dengan penuh sombong..
rakan2 kita dari thailand juga dikira pelancong sedangkan mereka cuma datang bawak minyak bergelen gelen yang dibeli dengan murah dari negara kita..esok lusa dia datang lagi..dikira sebagai pelancong lagi..
rakan2 kita dari afrika juga dikira sebagai pelancong..lagi dimuliakan jika mereka datang atas tiket pelajar yang ingin belajar di universiti2 kita tak kira lah IPTA ataupun IPTS..
tapi rakan2 kita dari afrika ni tak ada kereta untuk mereka high beam kita..dia juga tak kuasa nak beli minyak banyak2 nak bawak balik dorm masing2..ingat minum minyak ke..tapi mereka sangat ramai dan brotherhood mereka sangat tinggi..
hari ini berita menyiarkan kegiatan rakan2 kita dari negara afrika ni sentiasa membuat hal..daripada kacau anak gadis orang hingga lah menguasai sebahagian besar kawasan kediaman yang dahulunya didiami oleh warga malaysia..kini warga malaysia pula jadi minoriti di situ..
padang bola..? mereka dah kuasai..tempat2 lepak di kaki lima..? semuanya hitam je..koridor2 dan sekitar tangga flat..? kalau anda seorang wanita muda lagi cantik..ini bukan tempat terbaik untuk anda lalu..
jadi..siapa salah apabila mereka sudah berani melakukan jenayah tanpa segan silu di negara kita sendiri..?? siapa salah apabila mereka anggap kita ni tiada nilai sampaikan tiada rasa hormat mereka kat kita..?? siapa salah apabila kegiatan gangsterisme dan black money semakin banyak menipu warga emas kita sendiri..??
saya tahu apa kerajaan akan cakap untuk menangani masalah ini..
“mereka yang melakukan jenayah ini cuma minoriti dan kita tak seharusnya menghukum semua sekali mereka yang datang ingin menuntut ilmu..”
ataupun yang paling popular,
“kami akan siasat perkara ni dan akan menghantar lebih ramai peronda polis untuk menjaga keselamatan..”
pakcik polis, kalau anda hantar satu kereta peronda untuk ‘periksa’, kenapa esok lusa mereka masih boleh jual arak dengan berleluasa..? masih lagi dengan kegiatan mereka yang kurang menyenangkan..? tak pernah anda periksa pulak polis peronda tu yang mungkin di sogok oleh rakan2 afrika ini untuk tutup mulut..? please dont just wipe your own ass..masalah takkan selesai even ada 100 kereta peronda pun sehari jika keadaan ni berterusan..
mungkin mulai sekarang, kita kena berhati hati dengan mereka yang masuk ke negara kita ni..they are eating us inside out..they are making us a fool in our own country..they are controlling some of our place..
tak dapat bayangkan saya jika tiba2 ada pulak mereka tergerak nak buat persatuan penduduk yang mempertahankan sesuatu yang bukan hak mereka seperti kawasan setinggan..akhirnya, kita yang bagi dia masuk tapi kita juga yang terpaksa membayar mereka untuk mereka keluar..
haii..kerajaan dan abang awang hitam..ada share ke..? susah benar nak kuat kuasakan undang2..nak tunggu keluar berita baru lah nak sibuk2 tangkap sana sini..
Dikirim dalam Tidak dikategorikan
saya memang tak menonton drama..drama tak ada dalam kamus hidup saya kot..
saya tak berapa pasti mengapa..tapi memang saya tak pernah ada interest pun nak menontonnya..lagi2 bila tengok iklan yang penuh di siaran tv MALAYSIA adalah lambakan drama2 INDONESIA..yang saya rasa mereka pun tak menonton drama tu tapi dibeli oleh malaysia mungkin kerana dijual dengan murah..4 cerita RM1.00 agaknya..kejinya urusniaga ni..
what i found in drama2 nusantara adalah ceritanya yang sangat mudah difahami..
cerita kampus..
watak nerd – lelaki akan pakai cermin mata besar, baju button sampai atas..akan menjadikan dirinya manusia paling sengal except dalam pelajaran..akan bawak banyak2 buku kulu kilir dan sentiasa kena buli tapi masih baik hati..perempuan akan mekap tebal macam gampang, dressing tak semenggah dan sentiasa kelihatan hina dibandingkan dengan rakan2 nya yang vogue..sangat jujur dan sangat baik hati sehingga buat orang rasa menyampah..
watak jahat pula seorang yang kaya..ada rakan2 yang berpura pura bengis yang akan ikut ke mana sahaja pergi..ayat yang biasa lepas gaduh ada lah, “jom geng..kita pergi enjoy!!” menunjukkan lemahnya kajian sang pengarah terhadap dunia kampus sebenar..kereta pulak bmw ke atas sedangkan zaman student, gen 2 dah cukup dibanggakan..yang paling menyampah, orang jahat tetap akan gaduh pasal perempuan..shit..
sang hero adalah seorang yang sangat baik hati..yang akan membantu perempuan dalam pelbagai keadaan..akan sentiasa dipikat oleh perempuan2 gatal yang akhirnya akan berdendam dengan hero kerana ‘cinta’nya tak dilayan..hero juga akan dibantu dengan 2 3 orang rakan yang berfungsi sebagai penghibur sepanjng cerita..4 sure, penghibur tu tak sehensem hero dan kadang kala sangat tak semenggah..oh ye..hero juga sudah pasti pandai bersilat..
heroin..seorang yang cantik..amanah budi pekerti..siddiq..amanah..tabligh..fatanah dan 1001 sifat2 mahmudah instead dia bertudung or not..akan jatuh cinta kat hero after sesuatu occasion..ayat yang akan buat heroin jatuh cinta dengan hero adalah, “awk tak apa2…?” ketika kejadian terlanggar di library dan buku2 bertaburan sebagai contoh..heroin juga akan sentiasa pentingkan pelajaran tetapi akan sentiasa di suruh bercinta oleh rakan2 penghibur sepanjang cerita..
jalan cerita tak akan lari jauh..hero akan jatuh cinta kat heroin tetapi akan ada watak jahat yang cuba menghalang..
tak pun..heroin dulu pernah bercinta dan serik untuk bercinta tetapi diganggu oleh ex boyfren dan diselamatkan oleh hero..akhirnya bercinta..
tak pun..hero n heroin mmg bercinta tetapi hero digoda perempuan gatal dan pelbagai masalah timbul termasuk heroin akan percaya fitnah2 yang sampai kat telinga tanpa usul periksa..
semua tu pada saya basic untuk membuat sebuah drama melayu mudah untuk keuntungan sendiri..kadang kala sakit hati apabila dapat rasakan yang sang pengarah tak pernah buat kaji selidik tentang suasana sebenar di kampus..main sedap jiwa je..ingat kampus sini macam luar negara..??
tak dinafikan..drama nur kasih ada sedikit kelainan tapi nak tunggu drama macam tu kena tungu berpuluh puluh drama murahan yang ditontonkan tanpa sebarang jiwa..kalau tengok sekarang..sejam lepas tu dah lupa dah cerita apa yang kita tengok tadi..
ni baru drama..kalau filem..? dalam bas ke pulau redang tempoh hari kami dipertontonkan dengan filem cinta u-turn..cerita paling tidak ada jiwa yang pernah saya tonton..plot macam gampang..cerita tunggang langgang..just harap awek2 cantik sahaja sebagai penghibur mata..
wish..drama dan filem melayu akan lebih maju setapak ke hadapan..saya dengar encik razak mohaideen buat filem lagi..tolonglah..biarlah berkualiti kali ni..
Dikirim dalam Tidak dikategorikan